Connect with us

Terkini

PBT disaran larang penggunaan nombor 3A di tingkat bangunan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disarankan untuk melarang penggunaan nombor 3A menggantikan 4 pada tingkat bangunan kediaman bagi mengelakkan kesukaran kanak-kanak mengenal nombor. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

PBT disaran larang penggunaan nombor 3A di tingkat bangunan
Foto: Tangkap layar komen netizen di Facebook.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disarankan melarang penggunaan nombor 3A menggantikan 4 pada tingkat bangunan kediaman bagi mengelakkan kesukaran kanak-kanak mengenal nombor. 
  • Pemilik akaun Facebook @Taqiuddin Tabarani membuat saranan itu dalam hantaran Facebooknya pada 19 Januari lalu.
  • Penggunaan nombor 3A bagi menggantikan 4 adalah disebabkan terdapat masyarakat Cina yang mempercayai nombor 4 akan membawa kecelakaan kerana bunyi nombor 4 (sì) dalam bahasa Mandarin sama dengan perkataan kematian (sǐ).
  • “Tak patut letak 3A, tak tahu ada apa signifikan,” kata Nick Lam menyokong saranan itu.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disarankan untuk melarang penggunaan nombor 3A menggantikan 4 pada tingkat bangunan kediaman bagi mengelakkan kesukaran kanak-kanak mengenal nombor. 

Pemilik akaun Facebook @Taqiuddin Tabarani membuat saranan itu dalam hantaran Facebooknya pada 19 Januari lalu.

“Dan juga menyukarkan mak ayah menjawab soalan, ‘Kenapa tingkat ni tingkat 13A, mana pergi 4?’” kata Taqiuddin.

Beliau berkata guru di tadika dan pra sekolah mengajar nombor 4, tetapi kanak-kanak akan nampak nombor 3A apabila balik ke rumah.

“Budak sekarang semakin pandai. Tak mustahil satu hari nanti isu ni akan naik,” katanya.

Penggunaan nombor 3A bagi menggantikan 4 adalah disebabkan terdapat masyarakat Cina yang mempercayai nombor 4 akan membawa kecelakaan kerana bunyi nombor 4 (sì) dalam bahasa Mandarin sama dengan perkataan kematian (sǐ).

Foto: Komen netizen di Facebook China Press.

Semakan The Merdeka Times mendapati terdapat netizen yang menyokong saranan itu.

“Tak patut letak 3A, tak tahu ada apa signifikan,” kata Nick Lam.

“Khurafat itu menakutkan,” komen Mark Tch. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Taqiuddin Tabarani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *