Connect with us

Terkini

Gencatan senjata empat hari tidak cukup – Tun M

Gencatan senjata empat hari yang dicapai antara rejim penjajah zionis Israel dengan Hamas adalah tidak mencukupi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
  • Gencatan senjata empat hari yang dicapai antara rejim penjajah zionis Israel dengan Hamas adalah tidak mencukupi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Dr Mahathir berkata gencatan senjata sementara itu tidak akan menghentikan penderitaan mangsa genosid negara haram itu ke atas Palestin.
  • “Tak cukup, dia sebut sementara memang tak cukup. Ia seperti orang berkata dekat kita, hari ini saya tak bunuh awak, selepas lima hari saya akan bunuh.
  • “Mana boleh buat macam itu, jangan bunuh orang. Gencatan senjata perlu selama-lamanya,” katanya ketika ditemui media selepas program Minggu Negarawan Taufan Al Aqsa di sini semalam.
  • Perjanjian gencatan senjata sementara di Gaza di antara Israel dan Hamas dicapai pada awal pagi Rabu selepas satu rundingan dihoskan Qatar.

PUTRAJAYA – Gencatan senjata empat hari yang dicapai antara rejim penjajah zionis Israel dengan Hamas adalah tidak mencukupi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata gencatan senjata sementara itu tidak akan menghentikan penderitaan mangsa genosid negara haram itu ke atas Palestin.

“Tak cukup, dia sebut sementara memang tak cukup. Ia seperti orang berkata dekat kita, hari ini saya tak bunuh awak, selepas lima hari saya akan bunuh.

“Mana boleh buat macam itu, jangan bunuh orang. Gencatan senjata perlu selama-lamanya,” katanya ketika ditemui media selepas program Minggu Negarawan Taufan Al Aqsa di sini semalam.

Mengulas peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  dalam isu ini, Dr Mahathir mendesak supaya kuasa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dimansuhkan.

Katanya, keterbatasan anggota PBB dalam mencapai  sesuatu solusi  adalah disebabkan keputusan daripada negara dengan kuasa veto berkenaan.

“Ketika General Assembly (Perhimpunan Agung PBB) membuat keputusan supaya peperangan di Gaza dihentikan, Security Council (UNSC) tidak menyokong, pada hal mereka lebih kecil daripada General Assembly.

“Jadi tiada langsung demokrasi dalam PBB. Namun kita perlu desak supaya Security Council dihapuskan kuasa vetonya, ini kita desak, orang mesti desak. Apa sebabnya memberi kuasa kepada negara yang menang semasa Perang Dunia Kedua dahulu,” katanya.

Semalam, Kabinet rejim penjajah zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata dengan Hamas selama empat hari selepas lebih sebulan berperang.

Pegawai kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan, sebagai imbalan, Hamas bersetuju membebaskan 50 rakyat Israel yang menjadi tebusan Hamas.

Manakala pemimpin Hamas dalam kenyataan berasingan pula memaklumkan rejim zionis Israel akan membebaskan 150 warga Palestin ditahan di penjaranya.

Perjanjian gencatan senjata sementara itu dicapai awal pagi Rabu selepas rundingan berlanjutan yang dihoskan Qatar. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *