Terkini
Didakwa ada mesej tersembunyi, filem Maryam Pagi Ke Malam perlu lalui penapisan LPF
Penggiat filem pendek patuh syariah menggesa filem Maryam Pagi Ke Malam, yang bakal ditayangkan sempena Pesta Filem Kota Bharu di Dewan Persatuan Hokkien Kota Bharu Kelantan pada 8 dan 9 September ini, dinilai dan melalui penapisan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).
- Penggiat filem pendek patuh syariah menggesa filem Maryam Pagi Ke Malam, yang bakal ditayangkan sempena Pesta Filem Kota Bharu di Dewan Persatuan Hokkien Kota Bharu Kelantan pada 8 dan 9 September ini, dinilai dan melalui penapisan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).
- Gesaan itu dibuat Zabidi Mohamed berikutan filem diterbitkan Anomalous Films arahan Badrul Hisham Ismail yang juga penulis skripnya itu dilihat seakan-akan ingin menyembunyikan sesuatu berkenaan kandungan filem terbabit.
- “Saya percaya Mycreative Ventures sebagai penyalur dana kerajaan tersebut ada menyimpan satu salinan filem tersebut. Dapat dana kerajaan tapi tidak mahu hantar ke KDN untuk dinilai dan dapat kelulusan LPF adalah sesuatu yang sangat pelik.
- “Dana kerajaan adalah duit dari pembayar cukai. Kita yang bayar cukai di Malaysia berhak minta agar Maryam Pagi ke Petang dihantar untuk dinilai oleh LPF. Pelik. Sangat pelik!,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu lalu
- Zabidi berkata hujah penerbit dan pengarah filem itu bahawa ia diterbitkan hanya untuk penyertaan ke festival antarabangsa dan tidak memerlukan kelulusan LPF juga tidak boleh diguna pakai mahupun diterima.
KUALA LUMPUR — Penggiat filem pendek patuh syariah menggesa filem Maryam Pagi Ke Malam, yang bakal ditayangkan sempena Pesta Filem Kota Bharu di Dewan Persatuan Hokkien Kota Bharu Kelantan pada 8 dan 9 September ini, dinilai dan melalui penapisan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).
Gesaan itu dibuat Zabidi Mohamed berikutan filem diterbitkan Anomalous Films arahan Badrul Hisham Ismail yang juga penulis skripnya itu dilihat seakan-akan ingin menyembunyikan sesuatu berkenaan kandungan filem terbabit.
“Di sini saya mencadangkan Mycreative Ventures sebagai agensi yang duduk di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyerahkan salinan filem Maryam tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk dinilai isi kandungannya oleh LPF.
“Saya percaya Mycreative Ventures sebagai penyalur dana kerajaan tersebut ada menyimpan satu salinan filem tersebut. Dapat dana kerajaan tapi tidak mahu hantar ke KDN untuk dinilai dan dapat kelulusan LPF adalah sesuatu yang sangat pelik.
“Dana kerajaan adalah duit dari pembayar cukai. Kita yang bayar cukai di Malaysia berhak minta agar Maryam Pagi ke Petang dihantar untuk dinilai oleh LPF. Pelik. Sangat pelik!,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu lalu
Zabidi berkata filem itu tidak melalui penapisan KDN dan kelulusan LPF sedangkan ia mendapat dana daripada MyCreative Ventures sebuah agensi seperti FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) dan MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) yang berada di bawah KKD.
Zabidi berkata hujah penerbit dan pengarah filem itu bahawa ia diterbitkan hanya untuk penyertaan ke festival antarabangsa dan tidak memerlukan kelulusan LPF juga tidak boleh diguna pakai mahupun diterima.
Katanya, niat untuk tidak menghantar filem terbabit ke KDN untuk ditapis LPF juga menimbulkan syak seakan ada sesuatu yang ingin disembunyikan penerbit dan pengarah filem tersebut.
“Dua rakan penulis skrip yang telah menonton keseluruhan filem tersebut di Wayang Budiman Shah Alam ada menyenaraikan pada saya beberapa dialog dan babak-babak dalam filem tersebut yang menurut mereka mempunyai subtext yang menyembunyikan ‘belief system’ yang cuba diterapkan oleh pengarahnya kepada khalayak penonton.
“Tapi saya tidak boleh menyenaraikan di sini apa dialog dan babak-babak yang dikongsi dua rakan penulis skrip adalah keterangan dengar cakap (hearsay) kerana saya sendiri belum berkesempatan menontonnya. Saya mesti menontonnya sendiri untuk membuat penilaian yang adil.
“Mengetahui skripnya juga ditulis pengarah bersama Faizal Tehrani saya makin syak kandungan filem tersebut bukan sebuah text dari skrip yang tertulis atas kertas semata tapi ada mesej tersembunyi di sebalik subtextnya,” kata Zabidi yang juga merupakan penulis skrip dan buku.
Beliau memetik laporan akhbar online Malaymail bertarikh pada 3 Jan 2023 di mana Faizal Tehrani dilaporkan berkata: ‘When asked what the film’s themes are, screenwriter Faisal Tehrani said that it touches on several hot-button topics in Malaysia, ranging from feminism, xenophobia, and sexual orientation, to class struggle, the monarchy, and racism’. (Apabila ditanya apakah tema filem itu, penulis skrip Faisal Tehrani berkata ia menyentuh beberapa topik hangat di Malaysia, daripada feminisme, xenofobia dan orientasi seksual, kepada perjuangan kelas, monarki dan perkauman.)
Maryam Pagi Ke Malam berkisarkan watak utama — seorang pemilik galeri berusia 50-an daripada keluarga bangsawan Melayu — lakonan Sofia Jane, yang ingin mengahwini Damien, pasangan mudanya dari Sierra Leone, tetapi menghadapi tentangan daripada bapanya (Omar Abdullah).
Tajuk Maryam Dari Pagi Hingga Malam, merujuk kepada perjalanannya dalam sehari “mengatasi cabaran birokrasi yang menghalang wanita sepertinya memilih pasangan sendiri”. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Zabidi Mohamed