Connect with us

Terkini

(VIDEO) Mentega Terbang: Kandungan kreatif tidak perlu nasihat agama

Itu antara gesaan sebilangan kumpulan masyarakat sivil, pertubuhan kreatif dan individu yang mengeluarkan kenyataan bersama meminta kerajaan Malaysia berhenti memburu filem Mentega Terbang.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Mentega Terbang: Kandungan kreatif tidak perlu nasihat agama
Foto: Azmyl Yunor, Faisal Tehrani, Zarul Albakri, Iedil Dzuhrie Alaudin, Zaharom Nain.
  • Satu kenyataan bersama oleh 42 pihak merangkumi kumpulan masyarakat sivil, pertubuhan kreatif dan individu menggesa kerajaan Malaysia untuk berhenti memburu filem Mentega Terbang.
  • “Kami berpendirian bahawa penyelesaian jangka panjang tidak terletak pada penapisan filem yang lebih ketat, atau pelaksanaan hukuman terhadap penggiat seni dan bukan sama sekali dengan memberi kuasa kepada penasihat agama ke atas kandungan kreatif.” – Kenyataan
  • Filem Mentega Terbang ditayangkan di platform penstriman digital Viu selama lebih sebulan sebelum dialih keluar akibat dikritik kerana kandungannya yang mempersenda agama.

“Usah beri kuasa kepada penasihat agama ke atas kandungan kreatif.”

Itu antara gesaan sebilangan kumpulan masyarakat sivil, pertubuhan kreatif dan individu yang mengeluarkan kenyataan bersama meminta kerajaan Malaysia berhenti memburu filem Mentega Terbang.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh 42 pihak termasuk  Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Amnesty International Malaysia, Freedom Film Network, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), Justice for Sisters, Iman Research, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), ahli akademik Zaharom Nain, penerbit filem Zarul Albakri, pelakon Iedil Dzuhrie Alaudin, penulis Faisal Tehrani, pencipta lagu Azmyl Yunor dan banyak lagi.

Menurut kenyataan itu, kerajaan perlu memastikan kandungan kreatif yang dianggap menyinggung oleh segelintir individu dan kumpulan tertentu mesti dikendalikan secara bebas, profesional dan telus untuk melindungi kebebasan kreativiti artis dan juga kanak-kanak bawah umur.

Advertisement

“Kami berpendirian bahawa penyelesaian jangka panjang tidak terletak pada penapisan filem yang lebih ketat, atau pelaksanaan hukuman terhadap penggiat seni dan bukan sama sekali dengan memberi kuasa kepada penasihat agama ke atas kandungan kreatif.”

Foto: Tangkap layar kenyataan bersama di laman web Aliran.

Mereka turut kesal apabila kerajaan dijangka akan campur tangan akibat rungutan yang diperbesarkan melalui media sosial dan laporan polis.

Selain itu, mereka mempersoalkan siasatan polis terhadap pembikin filem tersebut, berkemungkinan di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Penggunaan undang-undang ini menyatakan secara tidak langsung bahawa pembikin filem Mentega Terbang sengaja mencetuskan ketidakharmonian dalam negara.”

Mereka juga percaya persekitaran yang memupuk kepelbagaian sudut pandangan, perdebatan yang sihat, penglibatan yang penuh hormat, dan semangat kreativiti dan inovasi tanpa rasa takut perlu diwujudkan demi menjayakan aspirasi Malaysia Madani.

Filem Mentega Terbang yang dihasilkan pada 2021 mencetuskan kontroversi sejak ia ditayangkan menerusi platform penstriman digital Viu pada 19 Januari lalu.

Ia dikritik kerana kandungannya yang mempersenda agama dan bertentangan akidah, sebelum dialih keluar dari Viu pada 27 Februari.

Advertisement

Penolakan terhadap tayangan filem indie itu bukan sahaja dari kalangan umat Islam, malah penganut agama lain juga menganggap kandungannya mampu menjejaskan nilai keaslian agama. – The Merdeka Times

Antarabangsa

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang

Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Foto: Gulbahar Haitiwaji (kiri), Qelbinur Sidik (kanan).
  • Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
  • Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
  • Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
  • Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.

WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.

Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.

China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.

Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.

Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.

Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.

Advertisement

Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.

Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.

“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.

Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.

Advertisement

Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.

Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.

Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.

“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending