Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Jangan sesekali normalisasikan seks songsang – Shaykh Yasir Qadhi

Muslim yang bergelut dengan dilema seks songsang atau menyukai sesama jantina mesti memahami bahawa semua manusia melakukan dosa, tetapi impak menormalisasikannya sesuatu yang berbeza.

A.R. Khan

Published

on

Jangan sesekali normalisasikan seks songsang – Shaykh Yasir Qadhi
Foto: Dekan The Islamic Seminary of America dan Cendekiawan Pusat Islam East Plano, Dr Yasir Qadhi.

Muslim yang bergelut dengan dilema seks songsang atau menyukai sesama jantina mesti memahami bahawa semua manusia melakukan dosa, tetapi impak menormalisasikannya sesuatu yang berbeza.

Dekan The Islamic Seminary of America dan Cendekiawan Pusat Islam East Plano, Dr Yasir Qadhi menjelaskan, seandainya kelakuan songsang itu hendak dinormalisasikan, maka itulah perbatasan simpati (daripada) umat Islam.

Dr Yasir Qadhi berkata, ”jika kamu berbangga tidak mentaati Allah, bagaimana caranya kami hendak berbangga dengan kamu sebagai saudara kami (dalam Islam)?

(Mereka) yang bergelut dalam hubungan sejenis, kita katakan kepada mereka, saya katakan kepada kamu, tiada kurangnya (diri) kamu dari sudut kemanusiaan atau keislaman.

“Dan seandainya kamu berdosa, minta kepada Allah supaya kamu diampuni, jangan umumkan (dosa itu), (dan) jangan jadikan ia (satu perkara) ‘biasa’, jangan dibanggakan (perasaan songsang itu).

“Selama mana ia rahsia di antara kamu dengan Allah, dan sedar kamu salah (dalam hal itu), Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang,” katanya dalam khutbah berdurasi lebih 45 minit bertajuk Why Muslims Don’t Celebrate Pride Month: Islam’s Stance on Sexuality (For Teenagers) disiarkan dalam saluran Youtube beliau.

Dr Yasir Qadhi turut menekankan bahawa Muslim yang ingin kembali kepada Allah mesti tahu kesan berbeza seandainya sesuatu dosa itu tidak ditampilkan, berbanding dosa yang dilakukan secara terang-terangan untuk dipromosikan.

“Tetapi bila kamu menormalisasikannya, bila kamu sengaja mencemuh dan banggakan dosa kamu, kamu menghilangkan potensi (diri) menjadi seorang pendosa yang baik serta (jatuh) menjadi seseorang yang menolak dan (sengaja) mencemuh syariah, dan itulah saatnya kamu tidak mendapat simpati kami,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube Yasir Qadhi

Author

Antarabangsa

TV Belgium tayang mesej pro-Palestin, potong siaran nyanyian artis Israel di Eurovision

Penyiar kebangsaan perkhidmatan awam Belgium mengganggu liputan separuh akhir pertandingan nyanyian Eurovision pada Khamis untuk memaparkan mesej mengutuk “pelanggaran hak asasi manusia” dilakukan Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mesej yang dipamerkan dari saluran VRT semasa pertandingan nyanyian Eurovision.
  • Penyiar kebangsaan perkhidmatan awam Belgium mengganggu liputan separuh akhir pertandingan nyanyian Eurovision pada Khamis untuk memaparkan mesej mengutuk “pelanggaran hak asasi manusia” dilakukan Israel.
  • Irish Mirror melaporkan saluran VRT bertindak memancarkan mesej itu ke seluruh Belgium pada awal persembahan selepas negara pendudukan haram tersebut layak ke perlawanan akhir pada malam Sabtu.
  • Pertandingan tahun ini banyak dicemari kontroversi melibatkan penyertaan Israel dalam pusat muzik di benua itu.
  • Perkara itu dikongsi secara meluas di media sosial berikutan mesej yang dipamerkan VRT.
  • “Ini adalah tindakan kesatuan. Kami mengutuk pencabulan hak asasi manusia (dilakukan) negara Israel. Israel juga menghancurkan kebebasan akhbar. Itu sebabnya kami mengganggu tayangan sementara waktu. #CeaseFireNow #StopGenocideNow,” kata kenyataan itu.

Penyiar kebangsaan perkhidmatan awam Belgium mengganggu liputan separuh akhir pertandingan nyanyian Eurovision pada Khamis untuk memaparkan mesej mengutuk “pelanggaran hak asasi manusia” dilakukan Israel.

Irish Mirror melaporkan saluran VRT bertindak memancarkan mesej itu ke seluruh Belgium pada awal persembahan selepas negara pendudukan haram tersebut layak ke perlawanan akhir pada malam Sabtu.

Pertandingan tahun ini banyak dicemari kontroversi melibatkan penyertaan Israel dalam pusat muzik di benua itu.

Perkara itu dikongsi secara meluas di media sosial berikutan mesej yang dipamerkan VRT.

“Ini adalah tindakan kesatuan. Kami mengutuk pencabulan hak asasi manusia (dilakukan) negara Israel. Israel juga menghancurkan kebebasan akhbar. Itu sebabnya kami mengganggu tayangan sementara waktu. #CeaseFireNow #StopGenocideNow,” kata kenyataan itu.

Syarikat penyiaran itu turut menjelaskan keputusannya memaparkan mesej itu secara nasional.

“Kami telah menonton insiden mengerikan di Timur Tengah selama berbulan-bulan. Kami yakin bahawa Negara Israel melakukan genosid maka dengan itu, ia sesuatu yang memalukan bahawa adanya calon Israel di pertandingan nyanyian Eurovision.

“Tidak melakukan apa-apa, (dan) hanya menonton, bukan lagi pilihan. EBU (Kesatuan Penyiaran Eropah) malangnya membolehkan penyertaan Israel dan oleh itu kami memutuskan untuk mengganggu siaran.

“Kami berharap untuk menghantar isyarat kepada kerajaan Israel supaya dihentikan pertempuran dan pembunuhan, benarkan pemerhati antarabangsa dan akhbar masuk (Gaza) dan duduk untuk rundingan solusi,” katanya. – The Merdeka times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending