Antarabangsa
Mengaku tersilap bunuh bayi Palestin, tentera rejim Israel tutup siasatan awal
Tentera Israel pada Rabu mengakui menembak dan membunuh bayi Palestin Mohammed al-Tamimi di Tebing Barat, satu pengakuan salah laku yang jarang berlaku.

- Tentera Israel pada Rabu lalu mengakui menembak dan membunuh bayi Palestin Mohammed al-Tamimi di Tebing Barat.
- Selepas penyiasatan, tentera Israel berkata akan memberi amaran kepada pegawainya yang terbabit dalam pembunuhan itu.
- Pihak tentera juga berkata mereka belum membuat keputusan sama ada siasatan jenayah akan diteruskan ke atas kes kematian bayi itu.
- Kumpulan hak asasi manusia menyuarakan ketidakyakinannya terhadap siasatan tentera Israel dan hukuman dijalankan ke atas askar mereka yang membunuh.
- Terdahulu, Mohammed yang berumur dua tahun dan bapanya, al-Tamimi, ditembak tentera Israel apabila kereta dinaiki mereka disangka sebagai militan yang melepaskan tembakan.
Tentera Israel pada Rabu mengakui menembak dan membunuh bayi Palestin Mohammed al-Tamimi di Tebing Barat, satu pengakuan salah laku yang jarang berlaku.
Selepas penyiasatan, tentera Israel berkata akan memberi amaran kepada pegawainya yang terbabit dalam pembunuhan itu.
Pihak tentera juga berkata mereka belum membuat keputusan sama ada siasatan jenayah akan diteruskan ke atas kes kematian bayi itu.
Kumpulan hak asasi manusia menyuarakan ketidakyakinannya terhadap siasatan tentera Israel dan hukuman dijalankan ke atas askar mereka yang membunuh.
Terdahulu, Mohammed yang berumur dua tahun dan bapanya, al-Tamimi, ditembak tentera Israel apabila kereta dinaiki mereka disangka sebagai militan yang melepaskan tembakan.
Al-Tamimi yang tertembak dan cedera di bahunya dirawat di hospital Palestin, manakala Mohammed meninggal dunia di sebuah hospital di Israel empat hari kemudiannya.
Masih terkejut dengan insiden itu, satu-satunya anak al-Tamimi yang tinggal, Osama, tujuh tahun, dikatakan kerap terjaga dari tidur akibat bermimpi pembunuhan ngeri adiknya setiap malam.
Mejar Jeneral Yehuda Fox, komander bertanggungjawab atas wilayah Tebing Barat berkata, “saya meluahkan rasa dukacita atas kemudaratan yang menimpa orang awam serta kematian kanak-kanak itu”.
Sumber: ABC News
