Connect with us

Terkini

Kenapa denda di kawasan larangan merokok dikurangkan?

Malaysian Green Lung Association menyifatkan tindakan Kementerian Kesihatan mengurangkan denda merokok di kawasan larangan daripada RM10,000 kepada RM5,000 adalah tidak konsisten dengan kesan inflasi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kenapa denda di kawasan larangan merokok dikurangkan?
Foto: Presiden Malaysian Green Lung Association, Ho Rhu Yann (gambar kecil)
  • Malaysian Green Lung Association menyifatkan tindakan Kementerian Kesihatan mengurangkan denda merokok di kawasan larangan daripada RM10,000 kepada RM5,000 adalah  tidak konsisten dengan kesan inflasi.
  • Presidennya, Ho Rhu Yann berkata Kementerian Kesihatan tidak perlu menyelaraskan semula denda itu kerana ia dilaksanakan sejak sekian lama tanpa sebarang kontroversi.
  • Beliau turut mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan merujuk kembali RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK).

KUALA LUMPUR – Malaysian Green Lung Association menyifatkan tindakan Kementerian Kesihatan mengurangkan denda merokok di kawasan larangan daripada RM10,000 kepada RM5,000 adalah tidak konsisten dengan kesan inflasi.

Presidennya, Ho Rhu Yann berkata pengurangan denda itu akan mengurangkan keberkesanan pencegahan merokok di kawasan larangan.

“Sekarang, inflasi menyebabkan nilai wang semakin kecil. Secara logiknya, denda sepatutnya meningkat dengan inflasi, bukan menurun,” katanya kepada China Press.

Beliau berkata kementerian tidak perlu menyelaraskan semula denda itu kerana ia dilaksanakan sejak sekian lama tanpa sebarang kontroversi.

Rhu Yann juga mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan merujuk kembali RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK).

“RUU yang dibentangkan kali ini adalah lebih kurang sama dengan tahun lepas. Selepas RUU itu dikemukakan tahun lepas, ia sudah dirujuk kepada JKPK dan perbincangan ketika itu melibatkan kerajaan dan pembangkang. Mereka telah mencapai kata sepakat mengenai perkara ini,” katanya.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada Isnin lalu dilaporkan berkata Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk sekali lagi kepada JKPK Kesihatan.

Sumber: China Press

Author