Connect with us

Antarabangsa

Cubaan salahkan orang Islam dalam kemalangan maut kereta api Odisha

Beberapa hantaran di media sosial cuba mengaitkan orang Islam sebagai dalang di sebalik tragedi kemalangan maut kereta api di Odisha, India, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 288 individu dan mencederakan 1,000 lain petang Jumaat lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Cubaan salahkan orang Islam dalam kemalangan maut kereta api Odisha
Foto: Tangkap layar ciapan Twitter The Random Indian.
  • Beberapa hantaran di media sosial cuba mengaitkan orang Islam sebagai dalang di sebalik tragedi kemalangan maut kereta api di Odisha, India, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 288 individu dan mencederakan 1,000 lain petang Jumaat lalu.
  • Siasatan awal Indian Railways menyebut kemalangan maut itu berpunca dari masalah sistem isyarat kereta api.
  • Seorang pengguna Twitter pada petang Sabtu bertindak memuat naik gambar kawasan kemalangan itu dengan simbol anak panah merujuk kepada binaan berbentuk kubah pada imej tersebut.
  • Gambar dimuat naik itu disertakan keterangan berbunyi: “Just Saying (Sekadar berkata), Yesterday Was Friday (Semalam hari Jumaat).

Beberapa hantaran di media sosial cuba mengaitkan orang Islam sebagai dalang di sebalik tragedi kemalangan maut kereta api di Odisha, India, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 288 individu dan mencederakan 1,000 lain petang Jumaat lalu.

Siasatan awal Indian Railways menyebut kemalangan maut itu berpunca dari masalah sistem isyarat kereta api.

Seorang pengguna Twitter pada petang Sabtu bertindak memuat naik gambar kawasan kemalangan itu dengan simbol anak panah merujuk kepada binaan berbentuk kubah pada imej tersebut.

Gambar dimuat naik itu disertakan keterangan berbunyi: “Just Saying (Sekadar berkata), Yesterday Was Friday. (Semalam hari Jumaat).

Foto: Twitter The Random Indian.

Dalam masa sama, seorang pengguna Twitter lain membidas cubaan mengaitkan kemalangan itu dengan orang islam, masjid, atau hari Jumaat.

Pada 4 Jun lalu, video serta gambar lawatan ke lokasi yang didakwa sebagai sebuah masjid bersebelahan tempat kemalangan tersebut telah dikongsikan.

Video itu membuktikan lokasi anak panah yang dinyatakan sebenarnya tapak sebuah kuil ISKON (The International Society for Krishna Consciousness) dan bukan sebuah masjid.

Foto: Twitter Mohammed Zubair.

Isu itu bersambung dengan pengguna Twitter pertama memadam ciapan asalnya dan kini menafikan hantarannya mengaitkan orang Islam atau hari Jumaat, tetapi mengatakan tujuannya adalah merujuk kepada ‘Black Friday’.

Foto: Twitter The Random Indian.

Pengguna Twitter itu menjelaskan Black Friday yang dirujuknya adalah insiden kemalangan tren Coromandel Expres 2009 yang jatuh pada hari sama iaitu hari Jumaat.

Tanpa memadamkan anak panah yang masih menunjuk kepada bangunan itu, tujuan meletakkan simbol anak panah pada gambar kemalangan dimuat naiknya terus menjadi tanda tanya.

Sumber: Hindutva Watch

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *