Antarabangsa
Jurutera warga China Hina Islam, 400 pekerja Pakistan protes
Seorang warganegara China yang bekerja untuk sebuah projek pembinaan di Pakistan kini berada di bawah perlindungan polis setelah para pekerja projek tersebut telah menuduhnya dengan tuduhan penghinaan terhadap Islam.
- Seorang jurutera China di projek Dasu Hydropower di daerah Khyder Pakhtunkhwa telah dituduh menghina agama setelah beliau mengeluarkan kenyataan “bekerja dengan lembab” sewaktu di bulan Ramadan.
- Kini, beliau telah berada di bawah perlindungan polis setelah 400 pekerja projek warga tempatan telah berkumpul bagi membuat protes terhadap kenyataan tersebut.
- Menurut pegawai tersebut, para pekerja menyatakan bahawa mereka sedang berpuasa namun menafikan bahawa kerja mereka dijalankan dengan lambat, yang mana perbuatan tersebut telah bertukar menjadi pertikaian lidah.
PAKISTAN – Seorang warganegara China yang bekerja untuk sebuah projek pembinaan di Pakistan kini berada di bawah perlindungan polis setelah para pekerja projek tersebut telah menuduhnya dengan tuduhan penghinaan terhadap Islam.
Di Pakistan yang mana majoriti rakyatnya adalah beragama Islam, isu penghinaan agama adalah sebuah isu yang sangat sensitif. Bahkan semata-mata khabar angin mengenai kenyataan yang berkaitan dengan penghinaan agama boleh membawa kepada rusuhan dan keganasan.
Para pegawai tempatan telah mengeluarkan kenyataan pada Isnin lalu mengatakan bahawa warganegara China tersebut yang merupakan seorang jurutera di projek Dasu Hydropower di daerah Khyber Pakhtunkhwa telah dituduh menghina agama setelah beliau mengeluarkan kenyataan “bekerja dengan lembab” sewaktu di bulan Ramadan.
Menurut pegawai tersebut, para pekerja menyatakan bahawa mereka sedang berpuasa namun menafikan bahawa kerja mereka dijalankan dengan lambat, yang mana perbuatan tersebut telah bertukar menjadi pertikaian lidah.
Setelah itu, para pekerja projek tersebut telah menuduh jurutera China tersebut dengan tuduhan mengeluarkan kenyataan menghina dan setelah itu sekitar 400 warga tempatan telah berkumpul bagi membuat protes terhadap kenyataan tersebut.
Aduan bertulis telah dibuat dan pihak polis mengenal pasti akan lelaki warga China tersebut sebagai seorang penyelia pengangkutan berat dengan nama “Mr. Tian” dan menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat oleh lelaki tersebut telah “mencetuskan ketegangan”.
Seorang lagi pegawai polis di Dasu, Muhammad Nazir telah menyatakan bahawa lelaki warga China terbabit telah pun dipindahkan ke sebuah tempat yang selamat sebagai langkah berjaga-jaga. Setakat ini tiada sebarang ulasan yang dibuat oleh kedutaan China di Islamabad berkaitan hal tersebut.
Sumber: Samudera