Connect with us

Terkini

Sistem pembayaran tol terbuka: Jangan ulangi kesilapan RFID

Sistem pembayaran tol terbuka yang dijangka bakal dilaksanakan di negara ini mulai September sewajarnya dikendalikan kumpulan pakar supaya kegagalan pada sistem Radio Frequency Identification (RFID) tidak lagi berulang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sistem pembayaran tol terbuka: Jangan ulangi kesilapan RFID
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sistem pembayaran tol terbuka yang dijangka bakal dilaksanakan di negara ini mulai September sewajarnya dikendalikan kumpulan pakar supaya kegagalan pada sistem Radio Frequency Identification (RFID) tidak lagi berulang
  • Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad berkata, transformasi sistem pembayaran tol terbuka itu perlu dikendalikan kumpulan berpengalaman dalam pelaksanaan sistem yang sama di negara maju.
  • “Semua pengguna lebuhraya yang pernah mencuba RFID sudah tentu masih merasa trauma dan mengharapkan kegagalan sistem ini tidak berulang lagi.
  • Pada Rabu lalu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke) menjadi syarikat konsesi lebuh raya terkini yang bakal melaksanakan sistem pembayaran terbuka di plaza tol lebuh raya kendaliannya.

BANGI, 22 Ramadan 1444H, Khamis – Sistem pembayaran tol terbuka yang dijangka bakal dilaksanakan di negara ini mulai September sewajarnya dikendalikan kumpulan pakar supaya kegagalan pada sistem Radio Frequency Identification (RFID) tidak lagi berulang.

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad berkata, transformasi sistem pembayaran tol terbuka itu perlu dikendalikan kumpulan berpengalaman dalam pelaksanaan sistem yang sama di negara maju.

“Semua pengguna lebuhraya yang pernah mencuba RFID sudah tentu masih merasa trauma dan mengharapkan kegagalan sistem ini tidak berulang lagi.

“Bukan itu sahaja lokasi Proof of Concept (POC) juga harus dilaksanakan secara berperingkat dengan sistem sokongan.

“… selain kempen kesedaran yang agresif bagi melatih semua pengguna untuk menggunakan sistem ini secara mudah dan berkesan,” katanya dalam kenyataan semalam..

Mengulas lanjut, Lukman berpandangan, lokasi-lokasi rumah tol sedia ada yang tidak strategik dan berdekatan dengan kawasan simpang yang sesak juga hendaklah diteliti semula.

Ini supaya pelaksanaan infrastruktur Multi Lane Free Flow (MLFF) mampu mengurangkan kesesakan lebuhraya-lebuhraya utama negara, katanya.

“Paling penting, sebarang peningkatan tambang tol yang disebabkan oleh kos pengurusan hendaklah dielakkan bagi mengelakkan beban kewangan yang bakal ditanggung oleh para pengguna,” katanya.

Pada Rabu lalu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke) menjadi syarikat konsesi lebuh raya terkini yang bakal melaksanakan sistem pembayaran terbuka di plaza tol lebuh raya kendaliannya.

Persetujuan yang dicapai hasil perbincangan di antara Kementerian Kerja Raya dan Duke menjadikan keseluruhan jumlah lebuh raya yang bakal terbabit dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka kepada 12 lebuh raya yang dijangka bermula pada September 2023.

Malah, Lebuhraya Duke juga dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan (POC) selepas Lebuhraya Sungai Besi bagi menilai sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) sebelum ia dilaksanakan di semua lebuh raya di dalam negara.

Sumber: Ismaweb 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *