Terkini
Doktor Farmasi Klinikal bidas PM dakwa tiada negara mampu haramkan vape, rokok
“Terkejut dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjawab soalan isu rokok elektronik”.
- “Terkejut dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjawab soalan isu rokok elektronik.”
- Itu reaksi Doktor Farmasi Klinikal (PharmD), Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed susulan Anwar mengatakan mengharamkan vape atau merokok adalah tindakan agak ekstrem dan drastik serta tidak mampu dikendalikan mana-mana negara di dunia.
- “Betul ke tiada negara mengambil pendekatan haramkan rokok yang YAB anggap ‘ekstrem’? Ada YAB – Bhutan dan Brunei, dua-dua atas dasar agama.
- “Itu belum masuk lagi ‘Smoke Free countries’ seperti Ireland, Malta dan sebagainya. YAB tak tahu juga ke lebih 40 negara haramkan vaping – Tak perlu tengok jauh-jauh, contoh terdekat Singapura dan Thailand. Ke saya yang silap dengar?,” katanya di Facebook hari ini.
- Mohamad Haniki menegaskan perlu ada pendekatan lebih ketat bukan bersifat sederhana dalam usaha mengawal tembakau jika negara masih gagal menurunkan prevalens ke sasaran (masih lebih 20 peratus) sejak lebih 30 tahun lalu.
KUALA LUMPUR — “Terkejut dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjawab soalan isu rokok elektronik”.
Itu reaksi Doktor Farmasi Klinikal (PharmD), Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed susulan Anwar mengatakan mengharamkan vape atau merokok adalah tindakan agak ekstrem dan drastik serta tidak mampu dikendalikan mana-mana negara di dunia.
Situasi itu, juga dikatakan antara penyebab ramai individu memilih untuk merokok sekalipun kempen telah dilaksanakan.
Anwar berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Ahmad Yunus Hairi (Kuala Langat-PN) yang mempersoalkan tindakan kerajaan mengenakan cukai ke atas vape sekali gus mengeluarkan bahan nikotin daripada senarai Akta Racun 1952 di Dewan Rakyat hari ini.
Mohamad Haniki yang mengulas kenyataan itu menjelaskan terdapat beberapa negara melaksanakan pengharaman ke atas produk terbabit antaranya negara jiran Malaysia sendiri seperti Brunei, Singapura dan Thailand.
“Betul ke tiada negara mengambil pendekatan haramkan rokok yang YAB anggap ‘ekstrem’? Ada YAB – Bhutan dan Brunei, dua-dua atas dasar agama.
“Itu belum masuk lagi ‘Smoke Free countries’ seperti Ireland, Malta dan sebagainya. YAB tak tahu juga ke lebih 40 negara haramkan vaping – Tak perlu tengok jauh-jauh, contoh terdekat Singapura dan Thailand. Ke saya yang silap dengar?,” katanya di Facebook hari ini.
Dalam hantaran berbeza, Mohamad Haniki turut menegaskan perlu ada pendekatan lebih ketat bukan bersifat sederhana dalam usaha mengawal tembakau jika negara masih gagal menurunkan prevalens ke sasaran (masih lebih 20 peratus) sejak lebih 30 tahun lalu.
Rokok dan rokok elektronik dijual untuk menghantar nikotin ke otak dengan cepat dan dalam kepekatan tinggi di mana kedua-dua ciri penting ini memulakan dan mengekalkan ketagihan nikotin.
“Telah terbukti ketagihan nikotin menjadi pembuka laluan (gateway) kepada penyalahgunaan dadah-katanya dadah tu “MUSUH NO. 1 NEGARA”.
“Masih nak bersederhana? Dekat mana logiknya YAB PM Anwar Ibrahim?” kata Mohamad Haniki.
Beliau merujuk kenyataan Anwar tentang pendekatan sederhana dipilih kerajaan yakni mengenakan cukai dalam mengawal selia produk merokok, termasuk bahan mengandungi nikotin. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Mohamad Haniki Nik Mohamed, Youtube Parlimen Malaysia