Terkini
Penguatkuasaan Akta 774 lonjak taraf profesion kesihatan bersekutu
Penguatkuasaan Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) bermula 1 Julai depan diyakini mampu melonjak profesion pengamal teknologi pergigian negara.

- Penguatkuasaan Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) bermula 1 Julai depan diyakini mampu melonjak profesion pengamal teknologi pergigian negara.
- Pengerusi Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia (PJPM), Ooi Chok Seng, berkata justeru pihaknya menyambut baik usaha itu dilihat sebagai salah satu peluang meningkatkan taraf profesion khususnya membabitkan Juruteknologi Pergigian Kesihatan.
- “Juruteknologi Pergigian antara profesion dalam Akta 774 menghasilkan prostesis pergigian seperti gigi palsu, korona atau seramik dan alat pemulihan fungsi mulut.
- “Juruteknologi Pergigian memainkan peranan amat penting dalam industri pergigian dalam sistem penghasilan prostesis pergigian mengikut preskripsi doktor gigi,” katanya melalui kenyataan semalam.
KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) bermula 1 Julai depan diyakini mampu melonjak profesion pengamal teknologi pergigian negara.
Pengerusi Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia (PJPM), Ooi Chok Seng, berkata justeru pihaknya menyambut baik usaha itu yang dilihat sebagai salah satu peluang untuk meningkatkan taraf profesion khususnya membabitkan Juruteknologi Pergigian Kesihatan.
Beliau berkata, pihaknya menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan (KKM) menguatkuasakan Akta 774 itu dan ia amat dinanti-nantikan semua pengamal teknologi pergigian sejak ia diwartakan secara rasmi pada 18 Februari 2016.
“Juruteknologi Pergigian antara profesion dalam Akta 774 menghasilkan prostesis pergigian seperti gigi palsu, korona atau seramik dan alat pemulihan fungsi mulut.
“Juruteknologi Pergigian juga memainkan peranan amat penting dalam industri pergigian dalam sistem penghasilan prostesis pergigian mengikut preskripsi doktor gigi,” katanya melalui kenyataan semalam.
Perintah Profesion Kesihatan Bersekutu (Pindaan Jadual Kedua) 2022 diwartakan dan mula berkuat kuasa 24 Mac 2022, menyenaraikan 16 profesion kesihatan bersekutu untuk dikawal selia di bawah Akta 774.
Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia menetapkan tarikh permulaan pendaftaran bagi pengamal profesion kesihatan bersekutu pada 1 Julai 2022.
Dalam pada itu, Chok Seng berkata, pihaknya akan menganjurkan sesi taklimat ke seluruh negara untuk memberi maklumat terperinci kepada ahli persatuan berkenaan proses pendaftaran berkenaan.
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login