Antarabangsa
Hilang dana kerana sokong LGBT, sekolah Kristian terpaksa ditutup
Akademi Kristian Urban (UCA), sebuah sekolah swasta K-8 di Kansas City yang menyediakan “pendidikan tanpa bayaran, berkualiti tinggi, khusus kepada pembelajaran Kristian untuk pelajar berpendapatan rendah” terpaksa ditutup kerana menyokong LGBTQ+.

- Akademi Kristian Urban (UCA) di Kansas City terpaksa ditutup kerana menyokong LGBTQ+.
- Sekolah itu menambah satu kenyataan dalam laman webnya berbunyi, “Kami menyokong komuniti LGBTQIA+ dan percaya pada kesucian mereka”.
- Tindakan itu menyebabkan penderma berhenti menyumbang di mana ramai di antara mereka menyatakan interprestasi terhadap agama Kristian sebagai sebab tindakan sedemikian.
- Lapan gereja menarik semula sokongan kewangan sebaik sahaja akademi itu menukar pernyataan misi di laman web mereka.
- “Jangan panggil diri anda seorang Kristian jika anda menyokong perlakuan yang berdosa. Jesus mati demi membebaskan kita daripada dosa, bukan untuk kita mati bersama dosa. Anda mendera kanak-kanak dengan memberitahu mereka dosa itu adalah perkara baik”. – Sepucuk surat kepada UCA.
MISSOURI – Akademi Kristian Urban (UCA), sebuah sekolah swasta K-8 di Kansas City yang menyediakan “pendidikan tanpa bayaran, berkualiti tinggi, khusus kepada pembelajaran Kristian untuk pelajar berpendapatan rendah” terpaksa ditutup kerana menyokong LGBTQ+.
Sekolah itu menekankan keterangkuman secara umum dalam pernyataan misinya, namun tindakannya menambah kenyataan dalam laman webnya berbunyi, “Kami adalah sebuah sekolah yang kukuh. Kami menyokong komuniti LGBTQIA+ dan percaya pada kesucian mereka. Kami meraikan kepelbagaian ciptaan Tuhan dalam bentuknya yang pelbagai dan indah”, mengundang padah.
Tindakan itu menyebabkan penderma berhenti menyumbang di mana ramai menyatakan interpretasi Kristian mereka sebagai alasan tindakan sedemikian. Kini, UCA mengumumkan ia akan ditutup pada penghujung tahun persekolahan kerana kehilangan sumber kewangan.
Pengarah Eksekutif dan Pengasas bersama UCA, Kalie Callaway-George berkata pihaknya sudah menjangkakan kecaman penderma dengan kerugian dianggarkan sekitar 50 peratus, namun ia mencapai 80 peratus penurunan pembiayaan.
Penurunan sumbangan berlaku dengan cepat di mana lapan gereja menarik semula sokongan kewangan mereka sebaik sahaja akademi itu menukar pernyataan misi di laman web mereka.

Sukarelawan dari Kempen Hak Asasi Manusia San Diego sumbang beg galas kepada belia LGBTQ tiada tempat tinggal.
Walaupun institusi itu hanya menyumbang sebanyak dua peratus daripada pembiayaan, ahli gereja merupakan penderma utama yang memberi lebih banyak sumbangan.
Walaupun UCA tidak mendedahkan nama gereja atau individu menghentikan pemberian bantuan kewangan, akademi itu berkongsi beberapa surat kiriman mereka dengan ABC News.
Sepucuk surat daripada sebuah gereja berkata, “Kebimbangan terbesar kami tentang pendirian penerimaan ialah ia menafikan takrifan kitab tentang dosa dan identiti, dengan itu menjadikan rahmat Tuhan hilang makna”.
Manakala sepucuk surat daripada seorang individu berkata, “Jangan panggil diri anda seorang Kristian jika anda menyokong perlakuan yang berdosa. Jesus mati demi membebaskan kita daripada dosa, bukan untuk kita mati bersama dosa. Anda mendera kanak-kanak dengan memberitahu mereka dosa itu adalah perkara baik”.
“Dengan mengajar mereka bertoleransi dan menerima, malah untuk meraikan gaya hidup gay, anda mendidik mereka untuk hidup dalam dunia dan falsafah anti-Tuhan,” tulis sepucuk surat lain.
Kontroversi itu menyebabkan sejarah UCA terbongkar di mana dalam satu artikel Kansas City Star baru-baru ini memetik bekas pekerja yang mengkritik kepimpinan akademik itu.
Walaupun pentadbir menjangkakan reaksi negatif dan akan hilang sedikit sumber, mereka percaya sokongan terang-terangan untuk komuniti LGBT diperlukan kerana kemasukan pelajar remaja dan perubahan dalam masyarakat.
Sumber: ABC News

You must be logged in to post a comment Login