Menjadi suatu kelainan di Kelantan apabila terdapat kumpulan pengundi berbangsa Cina dan India yang terus setia bersama parti PAS yang biasa dimonopoli orang Melayu dan Islam.
Dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Sufian Hamdan memuji Naratif Ekonomi MADANI yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu.
Pas negeri ini mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan bas untuk membawa pulang perantau ke negeri masing-masing untuk mengundi pada 12 Ogos ini.
Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau menafikan beliau diminta untuk meninggalkan Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua, Selasa lalu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti supaya tidak mempolitikkan isu kalimah Allah dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
PAS kini didakwa mengalami krisis besar berhubung bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang digugurkan selain perebutan jawatan Menteri Besar.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang secara sinikal ‘menyindir’ golongan bijak pandai dalam agama kerana didakwanya tidak begitu cakna akan hal-ehwal politik semasa.
Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun yang dilancarkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) disifatkan realistik, mencakupi setiap segmen masyarakat dan boleh...
Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri ketika ini.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan punca parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP akibat sikap campur tangan ke atas dasar membabitkan Islam.