Antarabangsa
Militan ditaja UAE rancang serang Yaman, hapus penentangan terhadap Israel

- Kumpulan militan itu dikatakan sedang bersiap sedia untuk melancarkan pencerobohan darat besar-besaran di Yaman, dengan fokus khusus terhadap bandar Hodeidah, dalam usaha untuk menghancurkan penentangan rakyat Yaman terhadap Zionis.
- Pencerobohan berkenaan dirancang susulan siri serangan udara terbaharu oleh Amerika Syarikat ke atas negara itu, yang dilihat akan dimanfaatkan kumpulan militan tersebut.
DOHA – Dalam usaha untuk menghapuskan penentangan terhadap Israel, sebuah laporan yang dipetik Mint News mendedahkan satu serangan darat bakal dilancarkan di Yaman oleh kumpulan militan yang ditaja Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kumpulan militan itu dikatakan sedang bersiap sedia untuk melancarkan pencerobohan darat besar-besaran di Yaman, dengan fokus khusus terhadap bandar Hodeidah, dalam usaha untuk menghancurkan penentangan rakyat Yaman terhadap Zionis.
Pencerobohan berkenaan dirancang susulan siri serangan udara terbaharu oleh Amerika Syarikat ke atas negara itu, yang dilihat akan dimanfaatkan kumpulan militan tersebut.
Penentangan Yaman telah menyasarkan Israel sejak tahun 2023 sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap rakyat Palestin. – The Merdeka Times
