Connect with us

Antarabangsa

Israel terus halang pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza – PBB

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
  • Stephanie Tremblay jurucakap Timbalan Setiausaha Agung PBB dalam sidang media berkata bantuan kemanusiaan tidak memasuki Gaza sejak hampir dua bulan dan menegaskan keperluan kini untuk memastikan bantuan dapat disalurkan tanpa gangguan.
  • Beliau berkata para petugas kemanusiaan masih menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugas mereka dan pihak pendudukan hanya membenarkan dua daripada enam operasi bantuan yang dirancang pada Rabu untuk dilaksanakan.

RAMALLAH — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel terus menghalang pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza, dengan menyatakan bahawa bantuan tidak memasuki wilayah itu hampir dua bulan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Stephanie Tremblay jurucakap Timbalan Setiausaha Agung PBB dalam sidang media berkata bantuan kemanusiaan tidak memasuki Gaza sejak hampir dua bulan dan menegaskan keperluan kini untuk memastikan bantuan dapat disalurkan tanpa gangguan.

Beliau berkata para petugas kemanusiaan masih menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugas mereka dan pihak pendudukan hanya membenarkan dua daripada enam operasi bantuan yang dirancang pada Rabu untuk dilaksanakan.

Menurut PBB, sekatan yang dikenakan oleh pihak pendudukan terhadap akses bantuan kemanusiaan menjejaskan keupayaan membekalkan ubat-ubatan ke hospital, sekali gus membahayakan lebih ramai pesakit.

Sejak 2 Mac, pihak pendudukan menyekat kemasukan bekalan penting termasuk makanan dan air ke Semenanjung Gaza selepas menutup pintu masuk sempadan, menyebabkan bencana kemanusiaan dan memburukkan lagi krisis kebuluran. — BERNAMA-WAFA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *