Terkini
Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi – Loke

- Cenderahati ukiran naga yang diberikan kepada Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini merupakan pemberian peribadi dan bukan mewakili kerajaan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
- Cenderahati itu barangan buatan Malaysia daripada Royal Selangor sebagai tanda penghargaan dan tidak seharusnya diperbesarkan.
- “Itu (cenderahati) adalah hadiah peribadi (kepada Xi), saya tak cakap mewakili kerajaan,” katanya kepada media perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan majlis Raikan Kasih MADANI 2025, di Putrajaya hari ini.
PUTRAJAYA — Cenderahati ukiran naga yang diberikan kepada Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini merupakan pemberian peribadi dan bukan mewakili kerajaan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata cenderahati itu barangan buatan Malaysia daripada Royal Selangor sebagai tanda penghargaan dan tidak seharusnya diperbesarkan.
“Itu (cenderahati) adalah hadiah peribadi (kepada Xi), saya tak cakap mewakili kerajaan,” katanya kepada media perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan majlis Raikan Kasih MADANI 2025, di sini hari ini.
Baru-baru ini Loke memberikan plak dengan ukiran naga kepada Xi sebelum beliau berlepas ke Kemboja selepas berada di Malaysia selama tiga hari bermula 15 April hingga 17 April lepas.
Susulan itu, Loke dikritik kerana memberikan cenderahati itu di pintu belakang dan juga ukiran naga dilihat tidak bersesuaian.
Namun beliau tampil memberikan penjelasan menerusi satu hantaran di Facebook rasminya menyatakan cenderahati itu diberikan berhampiran pintu belakang demi keselamatan Presiden China dan ukiran naga adalah simbol kekuatan, kebijaksanaan serta persahabatan dalam budaya Cina.– BERNAMA
