Connect with us

Antarabangsa

Hamas perlu berundur, benarkan Pihak Berkuasa Palestin tadbir Gaza – Pembantu Kanan Abbas

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Habbash
  • Mahmoud Habbash telah lama dikenali sebagai pengkritik tegar Hamas dalam kalangan PA. Beliau juga dilihat sebagai individu yang seiring dengan pendirian Abbas, terutamanya berkaitan Semenanjung Gaza.
  • “Hamas gagal dalam mengawal Gaza sepanjang 17 tahun lalu. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk ia berundur dan membenarkan Pihak Berkuasa Palestin mengawal Gaza semula bagi memperbaiki keadaan di sana dan melindungi rakyat Palestin serta hak-hak mereka,” kata Habbash dalam temu bual pada hari Isnin bersama media The Times of Israel di utara Ramallah.
  • Hamas mentadbir Gaza sejak 2007, apabila parti Islam itu menawan wilayah tersebut daripada pesaingnya, Fatah yang dipimpin Abbas.

TEBING BARAT — Seorang penasihat kanan kepada Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas menggesa Hamas berundur dan membenarkan PA mentadbir Gaza.

Mahmoud Habbash telah lama dikenali sebagai pengkritik tegar Hamas dalam kalangan PA. Beliau juga dilihat sebagai individu yang seiring dengan pendirian Abbas, terutamanya berkaitan Semenanjung Gaza.

“Hamas gagal dalam mengawal Gaza sepanjang 17 tahun lalu. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk ia berundur dan membenarkan Pihak Berkuasa Palestin mengawal Gaza semula bagi memperbaiki keadaan di sana dan melindungi rakyat Palestin serta hak-hak mereka,” kata Habbash dalam temu bual pada hari Isnin bersama media The Times of Israel di pejabatnya di utara Ramallah.

Kenyataan ini menurut Times of Israel memperlihatkan penolakan Ramallah terhadap usaha pendamaian dengan Hamas, walaupun beberapa sekutu Arab cuba menjadi perantara, dengan hujah bahawa perpaduan dalam kalangan rakyat Palestin adalah penting untuk mencapai kewujudan negara yang berdaulat.

Pegawai PA dilapor telah lama menyatakan kesediaan untuk memasukkan Hamas ke dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), sebuah badan antarabangsa yang mewakili rakyat Palestin jika kumpulan itu meninggalkan keganasan dan mengiktiraf semua perjanjian yang telah dicapai oleh PLO dengan Israel.

Namun Hamas didakwa menolak kedua-dua syarat tersebut.

Hamas mentadbir Gaza sejak 2007, apabila parti Islam itu menawan wilayah tersebut daripada pesaingnya, Fatah yang dipimpin Abbas.

“Kami percaya bahawa satu-satunya pihak yang berhak mengawal dan mengurus Gaza ialah PLO dan Pihak Berkuasa Palestin , bukan Hamas,” kata Habbash.

PLO membentuk PA semasa perjanjian Oslo dengan Israel pada 1990-an, dengan visi untuk menjadikannya sebagai badan pentadbiran sementara bagi rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza sebelum penubuhan negara yang berdaulat di samping Israel. -The Merdeka Times

Author