Terkini
Malaysia bukan negara sekular, juga bukan negara Islam

- Seorang penganalisis politik menyifatkan negara ini amat unik dengan toleransi dan kesediaan untuk berintegrasi namun dalam masa sama ia tidak bermakna agama Islam dengan mudah boleh diperlekehkan.
- Ini kerana menurut Profesor Dr Kartini Aboo Talib, walaupun negara ini tidak boleh dianggap sepenuhnya sebagai negara yang telah mengamalkan sistem perundangan Islam disaat kedudukan Islam dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan, bagaimanapun urusan agama dan adat istiadat masih pada kuasa Negeri-Negeri.
- “Malaysia juga bukan negara sekular kerana urusan agama dan adat istiadat masih pada kuasa Negeri-Negeri. Tidak perlu jadi negara sekular kerana kebebasan beragama adalah dipelihara dan dijamin haknya dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kepada The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas implikasi kepada Malaysia sebagai sebuah negara sekular.
KUALA LUMPUR — Seorang penganalisis politik menyifatkan negara ini amat unik dengan toleransi dan kesediaan untuk berintegrasi namun dalam masa sama ia tidak bermakna agama Islam dengan mudah boleh diperlekehkan.
Ini kerana menurut Profesor Dr Kartini Aboo Talib, walaupun negara ini tidak boleh dianggap sepenuhnya sebagai negara yang telah mengamalkan sistem perundangan Islam disaat kedudukan Islam dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan, bagaimanapun urusan agama dan adat istiadat masih pada kuasa Negeri-Negeri.
“Malaysia juga bukan negara sekular kerana urusan agama dan adat istiadat masih pada kuasa Negeri-Negeri. Tidak perlu jadi negara sekular kerana kebebasan beragama adalah dipelihara dan dijamin haknya dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.
Tambah beliau, masyarakat bukan Islam juga tidak perlu mempertikaikan elemen tradisi, termasuk kedudukan Bahasa Melayu, agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu sebagai orang asal dan Raja-Raja Melayu.
Kartini berpandangan bahawa sewajibnya orang bukan Islam di negara ini tidak menyokong sekularisme kerana ideanya menolak agama dalam fungsi bernegara, sedangkan prinsip pertama Rukun Negara ialah Kepercayaan Kepada Tuhan, yang bermakna agama adalah asas penting untuk warganegara Malaysia.
“Manusia ini secara organik mempunyai spiritual dan mahukan hidup beragama,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas implikasi kepada Malaysia sebagai sebuah negara sekular.
Gabungan NGO Belia Islam Malaysia pada Disember lalu dilaporkan menolak sekeras-kerasnya semua gerakan sekularisme di Malaysia dan sekutu-sekutu mereka, terutama Sisters In Islam (SIS) dan DAP (ia ketika ini menjadi sebahagian daripada Kerajaan), yang dikatakan secara konsisten ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular. — The Merdeka Times
