Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Kita “ummatan wahidah”, Gaza tidak akan dilupakan – Nadir Al-Nuri

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

KUALA LUMPUR – Penderitaan rakyat Palestin di Gaza tidak akan dilupakan sekalipun tumpuan masyarakat dunia, termasuk di media, kini beralih kepada Syria yang baru bebas dari cengkaman rejim Bashar Assad sejak 8 Disember lalu.

Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata semua pihak perlu faham Syria akan berdepan cabaran lebih besar untuk bangkit semula.

“Tetapi yang perlu kita faham bahawa selepas mereka merdeka itu, mereka berdepan dengan krisis yang jauh lebih besar.

“Mereka berdepan dengan cabaran yang jauh lebih sulit untuk mereka, dikhabarkan bagaimana pada saat ini rakyat (Syria) yang berada di bumi luar Syria sedang berlumba-lumba untuk pulang ke sana. 

“Tetapi mereka dihimpunkan dan dikumpulkan di kem-kem pelarian baru yang terpaksa diwujudkan oleh UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan sebagainya kerana mereka tidak mempunyai hala tuju, tidak mempunyai tempat tinggal, mereka tidak ada sumber makanan pada saat ini dan mereka perlu dibantu menjadi pelarian di tempat mereka yang asal,” kata Nadir dalam podcast Garis Krisis (GK) terbitan Studio Merdeka yang disiarkan di Youtube The Merdeka Times malam ini.

Episod kelima GK terbitan Studio Merdeka itu mengupas topik “Lupakah kita kepada Gaza selepas Syria merdeka?” yang turut menampilkan aktivis kemanusiaan, Farrah Adeeba sebagai panelis dan dihoskan wartawan dan aktivis kemanusiaan, Syed Azwan Syed Ali.

Mengulas persoalan hos tentang adakah Gaza akan dilupakan, Nadir berkata perkara itu tidak akan berlaku kerana umat Islam bersifat cakna dan saling membantu.

“Cantiknya Islam ini ialah bila mana kita ada kumpulan-kumpulan yang fokus mereka pada tempat-tempat tertentu. Sebab itu kalau kita sebutkan kita bantu Gaza, adakah Malaysia dilupakan? Tidak. 

“Sebab Malaysia ada orang yang memang kerja dia ialah untuk membantu mereka yang berada di Malaysia. Kita (CGM) Alhamdulillah kita fokus kita di Gaza,” kata Nadir.

Nadir berkata walaupun CGM misalnya membantu juga Syria, tetapi fokus pertama badan kemanusiaan itu adalah di Gaza. 

“InsyaAllah Gaza tidak akan dilupakan. Mereka yang fokus mereka di Syria, mereka fokuskan di Syria dan insyaAllah kita membantu juga mereka di sana sebab itulah keyakinan kita bahawa kita adalah ummatan wahidah (umat yang satu). 

“Kita adalah satu, orang kata umat yang satu. Kita adalah satu bangsa ataupun kumpulan manusia yang sama-sama menolak kezaliman di mana sahaja ia berlaku.

“Kita menolak penjajahan di mana sahaja ia berlaku. Justeru, insya-Allah kita akan saling menampung sesama kita. Tidak akan ada umat tertindas dan umat terzalimi yang akan dilupakan oleh kita yang mencintai mereka semuanya,” kata Nadir. – The Merdeka Times



Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *