Agama
Hukuman sebatan di khalayak ramai jaga hak umat Islam
- Hukuman sebatan wajar diadakan di khalayak ramai bagi menjaga hak umat Islam berbanding hak seorang pendosa hukuman sebatan.
- Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam (MUIS), Ahmad Syamil Mohd Esa berkata hukuman sebatan di khalayak ramai bagi menjaga hak masyarakat iaitu umat Islam dalam melihat tindakan tegas yang dikenakan kepada sesiapa sahaja yang mencemarkan kesucian negara, tempat awam dan seumpamanya.
- “Jadi kes salah yang disebat ini hakikatnya, demi menjaga hak masyarakat di dalam melihat kesucian negara, kesucian tempat awam dan seumpamanya dan masyarakat berhak melihat sesuatu tindakan yang tegas, dikenakan kepada sesiapa yang mencemarkan kesucian tersebut,” katanya kepada The Merdeka Times hari ini.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai gesaan Majlis Peguam Malaysia yang mahu Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan amalan sebat di khalayak ramai dengan menyemak dan meminda undang-undang yang membenarkan hukuman itu bagi memastikan ia menjaga aib pesalah.
KUALA LUMPUR — Hukuman sebatan wajar diadakan di khalayak ramai bagi menjaga hak umat Islam berbanding hak seorang pendosa hukuman sebatan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam (MUIS), Ahmad Syamil Mohd Esa berkata hukuman sebatan di khalayak ramai bagi menjaga hak masyarakat iaitu umat Islam dalam melihat tindakan tegas yang dikenakan kepada sesiapa sahaja yang mencemarkan kesucian negara, tempat awam dan seumpamanya.
“Jadi kes salah yang disebat ini hakikatnya, demi menjaga hak masyarakat di dalam melihat kesucian negara, kesucian tempat awam dan seumpamanya dan masyarakat berhak melihat sesuatu tindakan yang tegas, dikenakan kepada sesiapa yang mencemarkan kesucian tersebut,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai gesaan Majlis Peguam Malaysia yang mahu Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan amalan sebat di khalayak ramai dengan menyemak dan meminda undang-undang yang membenarkan hukuman itu bagi memastikan ia menjaga aib pesalah.
Ahmad Syamil berkata negara tidak perlu meminda undang-undang untuk menjaga hak, aib dan air muka terhadap penjenayah, khususnya yang terlibat dalam hukuman sebatan.
Namun, ketika hukuman sebatan itu diadakan di khalayak ramai, perkara itu tidaklah boleh dizahirkan dalam rakaman video, gambar dan seumpamanya, katanya.
“Dalam satu sudut ianya terjaga hanya untuk tontonan kepada khalayak yang hadir dan tidak boleh menjadikan ia sebagai rakaman video, gambar dan sebagainya,” katanya.
Memetik surah An-Nur ayat kedua, Ahmad Syamil berkata Allah berfirman hukuman sebatan itu perlu disaksikan kelompok masyarakat dalam kalangan orang ‘Mukminin’ bagi melahirkan pengajaran.
“Perlulah disaksikan hukuman ke atas mereka itu sekelompok, daripada kalangan orang Mukminin jadi tujuannya agar berlakunya pengajaran, kepada umat Islam yang lain betapa besarnya, malunya kesan-kesan dosa-dosa yang besar itu kepada peribadi.
“Jadi kita memang nak menjenayahkan perbuatan (hukuman sebatan) ini supaya mereka (umat Islam) tidak tergamak untuk melakukan dosa besar itu,” katanya. — The Merdeka Times