Antarabangsa
Veto AS terhadap resolusi PBB ‘lesen’ untuk perang Israel – Tehran
- Tehran mengecam Amerika Syarikat (AS) memveto resolusi PBB yang menggesa gencatan senjata di Gaza, menyifatkannya sebagai “memalukan” dan ibarat memberi “lesen” untuk “Israel” meneruskan perang genosid (pembunuhan beramai-ramai) di rantau itu.
- Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei dalam satu kenyataan di X pada Khamis yang dipetik Al Mayadeen, mengkritik AS kerana menghalang draf resolusi itu yang menerima 14 undi menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- “Veto yang memalukan ini bukan sahaja menandakan satu lagi kegagalan UNSC untuk menegakkan mandat berasaskan Piagamnya tetapi juga berfungsi sebagai lesen yang diberikan AS untuk rejim pendudukan untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan Lubnan tanpa sebarang hukuman,” kata Baghaei.
- UNSC yang mempunyai 15 negara ahli mengundi resolusi dicadangkan 10 ahli tidak tetap, yang menggesa “gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal” dan menuntut pembebasan tawanan, namun ditolak mentah-mentah AS yang memveto resolusi itu pada Rabu.
Tehran mengecam Amerika Syarikat (AS) memveto resolusi PBB yang menggesa gencatan senjata di Gaza, menyifatkannya sebagai “memalukan” dan ibarat memberi “lesen” untuk “Israel” meneruskan perang genosid (pembunuhan beramai-ramai) di rantau itu.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei dalam satu kenyataan di X pada Khamis yang dipetik Al Mayadeen, mengkritik AS kerana menghalang draf resolusi itu yang menerima 14 undi menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
“Veto yang memalukan ini bukan sahaja menandakan satu lagi kegagalan UNSC untuk menegakkan mandat berasaskan Piagamnya tetapi juga berfungsi sebagai lesen yang diberikan AS untuk rejim pendudukan untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan Lubnan tanpa sebarang hukuman,” kata Baghaei.
Beliau berkata veto itu melanggar prinsip Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) untuk “menghormati dan memastikan penghormatan” dan Konvensyen Genosid.
Katanya, AS juga memikul tanggungjawab antarabangsa untuk terlibat dalam “jenayah kekejaman”.
Jurucakap itu menekankan veto AS menunjukkan sikap tidak hirau Washington terhadap nyawa rakyat Palestin yang tidak bersalah dan peranan negara kuasa besar itu dalam pembunuhan beramai-ramai terbabit.
AS pada Rabu memveto resolusi UNSC yang menggesa gencatan senjata di Gaza di tengah-tengah perang Israel yang berterusan di wilayah konflik itu, menuduh ahli majlis keselamatan PBB yang lain secara sinis menolak usaha untuk mencari kompromi.
UNSC yang mempunyai 15 negara ahli mengundi resolusi dicadangkan 10 ahli tidak tetap, yang menggesa “gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal” dan menuntut pembebasan tawanan, namun ditolak mentah-mentah AS yang memveto resolusi itu. – The Merdeka Times