Connect with us

Ekonomi

Khazanah dan PNB rugi RM43.9 juta daripada penjualan Fashion Valet

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada pertanyaan yang diterbitkan di laman web Parlimen, semalam.
  • Penjualan itu mencerminkan penurunan nilai ketara bagi syarikat yang telah mengalami kerugian besar sejak beberapa tahun lalu.
  • Pada 2018, Khazanah melabur RM27 juta sementara PNB RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam Fashion Valet untuk menyokong rancangan pertumbuhan perniagaan.
  • Kementerian Kewangan berkata pandemik COVID-19 dan pasaran pengumpulan dana yang mencabar menyebabkan perniagaan syarikat Fashion Valet terjejas teruk dan memerlukan modal baharu yang besar untuk meneruskan operasi.
  • Pada akhir 2023,  syarikat Bumiputera, NXBT Partners menawarkan mengambil alih pegangan saham sedia ada Khazanah dan PNB di dalam Fashion Valet dan menyuntik modal diperlukan ke dalam syarikat tersebut.
  • “Khazanah dan PNB telah menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham tersebut,” kata Kementerian Kewangan.

 

KUALA LUMPUR — Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengalami kerugian RM43.9 juta daripada penjualan pelaburan minoriti mereka dalam perniagaan fesyen atas talian Malaysia, Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet).

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada pertanyaan yang diterbitkan di laman web Parlimen, semalam.

Penjualan itu mencerminkan penurunan nilai ketara bagi syarikat yang telah mengalami kerugian besar sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2018, Khazanah melabur RM27 juta sementara PNB RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam Fashion Valet untuk menyokong rancangan pertumbuhan perniagaan.

Kementerian Kewangan berkata pandemik COVID-19 dan pasaran pengumpulan dana yang mencabar menyebabkan perniagaan syarikat Fashion Valet terjejas teruk dan memerlukan modal baharu yang besar untuk meneruskan operasi.

Pada akhir 2023, sebuah syarikat Bumiputera, NXBT Partners menawarkan untuk mengambil alih pegangan saham sedia ada Khazanah dan PNB di dalam Fashion Valet dan menyuntik modal diperlukan ke dalam syarikat tersebut.

Katanya, kesemua pemegang saham bersetuju menerima tawaran tersebut.

“Penjualan ini merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada Fashion Valet kepada pelabur strategik yang akan dapat terus membantu Fashion Valet untuk menyelesaikan keperluan pembiayaannya secara holistik dan mengembangkan semula perniagaan dalam keadaan industri yang mencabar.

“Khazanah dan PNB telah menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham tersebut.

“Jumlah kerugian daripada penjualan saham Fashion Valet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” kata Kementerian Kewangan. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *