Terkini
Silibus Islamofobia IPT: Bezakan terma Islamofobia dan Islamodium – Firdaus Wong
Bezakan antara apa dipanggil sebagai kejahilan tentang Islam, Islamofobia (ketakutan terhadap Islam) dan Islamodium (kebencian kepada Islam).
- Bezakan antara apa dipanggil sebagai kejahilan tentang Islam, Islamofobia (ketakutan terhadap Islam) dan Islamodium (kebencian kepada Islam).
- Itu antara cadangan penting diutarakan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung untuk dimasukkan dalam kandungan atau penekanan silibus mengenai Islamofobia yang sedang dibangunkan Kerajaan Madani bagi institusi pengajian tinggi (IPT).
- “Masukkan sejarah Islamofobia dan kenapa berlakunya Islamofobia. Apa persamaan Islamofobia yang telah dan sedang berlaku dengan holocaust yang juga mempunyai modus operandi yang sama sebagaimana sedang berlaku.
- “Hitler menggunakan medianya pada zamannya untuk menjadikan Yahudi sebagai musuh utama dengan mengatakan betapa teruknya mereka dan mereka ini adalah ancaman sehingga membolehkannya menjadikan semua itu sebagai justifikasi untuk Hitler membunuh 6 juta Yahudi.
- “Bezakan juga ini bukan lagi zaman Islamofobia tetapi sudah memasuki zaman Islamodium yakni kebencian terhadap Islam yang menyebabkan mereka membakar al-Quran, menyerang Islam dan Muslim serta masjid.
- “Jikalau fobia (takut) seseorang akan lari dari apa yang ditakuti tetapi apabila sudah mula menyerang, maka itu bukan lagi takut tetapi sudah benci,” kata Firdaus Wong kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
- Firdaus Wong yang juga Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata demikian ketika diminta mengulas tentang apakah kandungan atau penekanan beliau harap dimasukkan dalam silibus mengenai Islamofobia itu.
- Timbalan Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan pada Jumaat lalu dilaporkan berkata kerajaan ketika ini dalam peringkat awal untuk membangunkan silibus atau disiplin akademik mengenai Islamofobia dan cara menanganinya bagi IPT.
KUALA LUMPUR — Bezakan antara apa dipanggil sebagai kejahilan tentang Islam, Islamofobia (ketakutan terhadap Islam) dan Islamodium (kebencian kepada Islam).
Itu antara cadangan penting diutarakan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung untuk dimasukkan dalam kandungan atau penekanan silibus mengenai Islamofobia yang sedang dibangunkan Kerajaan Madani bagi institusi pengajian tinggi (IPT).
Beliau yang dikenali lantang bercakap tentang Islamofobia berkata, perkara itu amat penting kerana kejahilan terhadap Islam tidak bermaksud dan tidak bererti seseorang itu mesti takut dan benci kepada Islam.
Katanya, apabila ada individu jahil tentang Islam, maka sepatutnya individu terbabit mencari kebenaran dari sumber (sahih) dan bukannya mempercayai bulat-bulat apa didengari daripada media.
“Masukkan sejarah Islamofobia dan kenapa berlakunya Islamofobia. Apa persamaan Islamofobia yang telah dan sedang berlaku dengan holocaust yang juga mempunyai modus operandi yang sama sebagaimana sedang berlaku.
“Hitler menggunakan medianya pada zamannya untuk menjadikan Yahudi sebagai musuh utama dengan mengatakan betapa teruknya mereka dan mereka ini adalah ancaman sehingga membolehkannya menjadikan semua itu sebagai justifikasi untuk Hitler membunuh 6 juta Yahudi.
“Bezakan juga ini bukan lagi zaman Islamofobia tetapi sudah memasuki zaman Islamodium yakni kebencian terhadap Islam yang menyebabkan mereka membakar al-Quran, menyerang Islam dan Muslim serta masjid.
“Jikalau fobia (takut) seseorang akan lari dari apa yang ditakuti tetapi apabila sudah mula menyerang, maka itu bukan lagi takut tetapi sudah benci,” kata Firdaus Wong kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
Firdaus Wong yang juga Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata demikian ketika diminta mengulas tentang apakah kandungan atau penekanan beliau harap dimasukkan dalam silibus mengenai Islamofobia itu.
Timbalan Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan pada Jumaat lalu dilaporkan berkata kerajaan ketika ini dalam peringkat awal untuk membangunkan silibus atau disiplin akademik mengenai Islamofobia dan cara menanganinya bagi IPT.
Tanpa menyatakan lebih lanjut isi kandungan silibus itu, Zulkifli dilaporkan berkata silibus tersebut sedang diteliti Kementerian Pendidikan Tinggi yang turut mengadakan perbincangan dengan beberapa universiti luar negara yang telah menawarkan kursus sedemikian.
Mengulas lanjut, Firdaus Wong turut berharap contoh kenyataan-kenyataan berbentuk Islamofobia yang pernah digunakan individu seluruh dunia, termasuk di Malaysia, dimasukkan dalam silibus itu.
“Masukkan solusi kepada Islamofobia seperti tidak memaksa atau menuduh kurang toleransi hanya kerana Muslim memilih pendapat tidak mahu ucap Merry Krismas kepada orang lain atau bila Muslim tidak boleh menyertai non Muslim dalam meraikan perayaan keagamaan mereka,” katanya.
Menyifatkan inisiatif kerajaan itu sebagai sangat bagus, Firdaus Wong berharap kerajaan dapat menjadikan silibus mengenai Islamofobia tersebut sebagai realiti dalam masa terdekat.
“Majoriti (pelajar IPT) tidak cakna dan tidak peduli (isu Islamofobia). Malahan ada yang terkejut bila disebut Islamofobia di Malaysia kerana majoriti mereka hidup dalam kepompong mereka yang tersendiri…,” katanya ketika diminta mengulas tentang sejauh manakah mahasiswa dan mahasiswi cakna akan isu Islamofobia di negara ini. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/