Terkini
Menteri Pendidikan Tinggi arah universiti terima pelajar miskin, tangguh yuran
Semua universiti di negara ini diarahkan menerima kemasukan pelajar miskin, termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran mereka.
- Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata beliau tidak mahu mendengar kisah mahasiswa berpotensi berjaya tidak dapat meneruskan pengajian di universiti.
- “Saya telah mengarahkan kepada pihak universiti supaya ambil (mahasiswa), pihak universiti akan menerima saudara saudari terlebih dahulu dan lepas itu kita akan susun dan melalui PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan sebagainya.
- “Kerana salah satu pendekatan dibuat PTPTN ialah kita akan memberi wang pendahuluan bagi membolehkan saudara saudari daftarkan diri sebagai mahasiswa-mahasiswi baru di universiti-universiti berkenaan,” katanya menerusi klip video di Facebook hari ini.
KUALA LUMPUR — Semua universiti di negara ini diarahkan menerima kemasukan pelajar miskin, termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran mereka.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata beliau tidak mahu mendengar kisah mahasiswa berpotensi berjaya tidak dapat meneruskan pengajian di universiti.
“Saya telah mengarahkan kepada pihak universiti supaya ambil (mahasiswa), pihak universiti akan menerima saudara saudari terlebih dahulu dan lepas itu kita akan susun dan melalui PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan sebagainya.
“Kerana salah satu pendekatan dibuat PTPTN ialah kita akan memberi wang pendahuluan bagi membolehkan saudara saudari daftarkan diri sebagai mahasiswa-mahasiswi baru di universiti-universiti berkenaan,” katanya menerusi klip video di Facebook hari ini.
Turut bersama dalam video itu ialah Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegaskan supaya tiada individu menjadikan kemiskinan, kedaifan dan masalah kewangan sebagai alasan yang mengekang untuk masuk ke universiti.
Beliau berkata ini kerana ilmu sahaja boleh merubah kehidupan seseorang dengan memberi contoh Zambry yang juga anak seorang nelayan, namun berjaya melanjutkan pelajaran di universiti di Amerika Syarikat dan menjadi kumpulan pertama UIA sebelum akhirnya menjadi menteri. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/