Connect with us

Terkini

Menteri agama jumpa MCCBCHST Jumaat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar akan bertemu dengan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) pada Jumaat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar  berkata pertemuan itu bagi membincangkan isu penempatan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan yang dibantah kumpulan perundingan agama bukan Islam berkenaan.
  • “Saya cadang untuk berbincang dengan MCCBCHST Jumaat ini, mungkin sekitar 3 petang,” katanya dipetik FMT pada Selasa.
  • Jurucakap Kerajaan Madani, Fahmi Fadzil pada Selasa dilaporkan berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Mohd Na’im bertemu MCCBCHST dalam masa terdekat.
  • MCCBCHST sebelum itu dilaporkan membantah cadangan menempatkan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan yang didakwa berpotensi menjejaskan jaminan Perlembagaan, termasuk hak asasi dilindungi Perkara 5 hingga 13, yang juga membentuk struktur asas Perlembagaan.

KUALA LUMPUR — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar akan bertemu dengan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) pada Jumaat.

Mohd Na’im berkata pertemuan itu bagi membincangkan isu penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di jabatan kerajaan yang dibantah kumpulan perundingan agama bukan Islam berkenaan.

“Saya cadang untuk berbincang dengan MCCBCHST Jumaat ini, mungkin sekitar 3 petang,” katanya dipetik FMT pada Selasa.

Jurucakap Kerajaan Madani, Fahmi Fadzil pada Selasa dilaporkan berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Mohd Na’im bertemu MCCBCHST dalam masa terdekat.

Fahmi berkata ia bagi mengurus isu penempatan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan dengan baik tanpa wujud salah faham selain menyatakan pendirian kerajaan terutama penjelasan bagi isu sama telah dibuat pada 7 Ogos lalu

Menurut Fahmi, tuduhan mengaitkan pegawai JAKIM yang ditempatkan di jabatan kerajaan terbabit gubal dasar adalah tidak berasas sama sekali.

Beliau dimaklumkan pegawai JAKIM itu hanya berperanan dari segi integriti dan pengisian kerohanian dalam jabatan tersebut.

MCCBCHST sebelum itu dilaporkan membantah cadangan menempatkan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan yang didakwa berpotensi menjejaskan jaminan Perlembagaan, termasuk hak asasi dilindungi Perkara 5 hingga 13, yang juga membentuk struktur asas Perlembagaan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada artikel disiarkan Daily Express yang memetik dakwaan Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) David Ong berhubung perkara terbabit. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *