Connect with us

Antarabangsa

Gujarat robohkan makam, perkuburan dan masjid berusia 500 tahun

Sebuah masjid, dargah (makam) dan tanah perkuburan dipercayai berusia lebih 500 tahun dirobohkan di daerah Gir Somnath, Gujarat pada 28 September lalu, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Agung India, lapor Muslim Mirror.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar masjid, dargah (makam) dan tanah perkuburan dipercayai berusia lebih 500 tahun dirobohkan di daerah Gir Somnath, Gujarat.
  • Sebuah masjid, dargah (makam) dan tanah perkuburan dipercayai berusia lebih 500 tahun dirobohkan di daerah Gir Somnath, Gujarat pada 28 September lalu, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Agung India, lapor Muslim Mirror.
  • Tindakan itu diteruskan walaupun terdapat keputusan Mahkamah Agung India baru-baru ini yang mengarahkan semua aktiviti perobohan di seluruh negara dihentikan kecuali dengan kebenaran terlebih dahulu, tidak termasuk pencerobohan jalan raya awam dan kawasan spesifik lain.
  • Pentadbiran Gujarat bagaimanapun dilaporkan meneruskan perobohan itu sebagai sebahagian daripada usaha lebih besar membersihkan apa dilabelkan sebagai “pembinaan haram” berhampiran kuil Somnath yang terkenal.
  • Dengan tujuan memudahkan projek pembangunan Somnath, laporan menunjukkan kira-kira 36 jentolak dan pelbagai jentera berat, termasuk 30 JCB dan 50 traktor, digunakan untuk melaksanakan operasi besar-besaran yang digambarkan sebagai usaha perobohan terbesar sepanjang sejarah wilayah Gir Somnath.
  • Pihak berkuasa juga mengerahkan 1,200 anggota polis untuk memastikan operasi berjalan lancar diawasi pegawai berpangkat tinggi, termasuk pengumpul daerah dan ketua polis. 

Sebuah masjid, dargah (makam) dan tanah perkuburan dipercayai berusia lebih 500 tahun dirobohkan di daerah Gir Somnath, Gujarat pada 28 September lalu, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Agung India, lapor Muslim Mirror.

Tindakan itu diteruskan walaupun terdapat keputusan Mahkamah Agung India baru-baru ini yang mengarahkan semua aktiviti perobohan di seluruh negara dihentikan kecuali dengan kebenaran terlebih dahulu, tidak termasuk pencerobohan jalan raya awam dan kawasan spesifik lain.

Pentadbiran Gujarat bagaimanapun dilaporkan meneruskan perobohan itu sebagai sebahagian daripada usaha lebih besar membersihkan apa dilabelkan sebagai “pembinaan haram” berhampiran kuil Somnath yang terkenal.

Dengan tujuan memudahkan projek pembangunan Somnath, laporan menunjukkan kira-kira 36 jentolak dan pelbagai jentera berat, termasuk 30 JCB dan 50 traktor, digunakan untuk melaksanakan operasi besar-besaran yang digambarkan sebagai usaha perobohan terbesar sepanjang sejarah wilayah Gir Somnath.

Pihak berkuasa juga mengerahkan 1,200 anggota polis untuk memastikan operasi berjalan lancar diawasi pegawai berpangkat tinggi, termasuk pengumpul daerah dan ketua polis. 

Kawasan itu dikepung untuk menjaga keselamatan awam dan akses hanya dibenarkan kepada kakitangan yang diberi kebenaran.

Usaha perobohan itu berdepan cabaran termasuk dengan berlakunya penahanan 70 individu yang cuba menghalang operasi di tapak keagamaan itu.

Kerajaan tempatan sebelum ini dilaporkan melancarkan inisiatif anti-pencerobohan, menyasarkan kira-kira tiga hektar “tanah diduduki secara haram” di belakang kuil Somnath dengan tujuan menghapuskan “struktur tanpa izin” yang dibina tanpa kebenaran. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *