Connect with us

Antarabangsa

Wartawan video Gaza, Bisan Owda dicalonkan Anugerah Emmy 2024

Wartawan dan pembuat filem Palestin, Bisan Owda dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij Anugerah Emmy Berita dan Dokumentari.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Wartawan dan pembuat filem Palestin, Bisan Owda.
  • Wartawan dan pembuat filem Palestin, Bisan Owda dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij Anugerah Emmy Berita dan Dokumentari.
  • Karyanya, “Ini Bisan dari Gaza dan Saya Masih Hidup” dengan kerjasama AJ+ mendapat pujian atas gambaran kebenaran dan realiti kehidupannya di tengah-tengah cabaran berterusan kehidupan di Gaza.
  • Pencalonan berprestij itu dikongsikan kepada dunia oleh AJ+ di platform Instagram, lapor The Express Tribune.
  • Sejak 7 Oktober tahun lalu, Owda menumpukan perhatiannya untuk mendokumentasikan realiti kehidupan sehariannya di Gaza, menawarkan sudut pandang yang jarang diketengahkan dengan gambaran asli ketabahan warga Palestin di bawah penjajahan Israel.
  • Karyanya memberi sentuhan kepada penonton di seluruh dunia, mendedahkan ketahanan dan kekuatan rakyat Palestin yang berdepan kesukaran mendalam dan berterusan.

Wartawan dan pembuat filem Palestin, Bisan Owda dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij Anugerah Emmy Berita dan Dokumentari.

Karyanya, “Ini Bisan dari Gaza dan Saya Masih Hidup” dengan kerjasama AJ+ mendapat pujian atas gambaran kebenaran dan realiti kehidupannya di tengah-tengah cabaran berterusan kehidupan di Gaza.

Pencalonan berprestij itu dikongsikan kepada dunia oleh AJ+ di platform Instagram, lapor The Express Tribune.

Sejak 7 Oktober tahun lalu, Owda menumpukan perhatiannya untuk mendokumentasikan realiti kehidupan sehariannya di Gaza, menawarkan sudut pandang yang jarang diketengahkan dengan gambaran asli ketabahan warga Palestin di bawah penjajahan Israel.

Karyanya memberi sentuhan kepada penonton di seluruh dunia, mendedahkan ketahanan dan kekuatan rakyat Palestin yang berdepan kesukaran mendalam dan berterusan.

Pada Jun, hasil dedikasi tanpa henti Owda, beliau dikurniakan Anugerah Peabody, yang diterimanya dari kem pelarian di Gaza—satu pencapaian bersejarah yang menjadikannya salah seorang penerima termuda anugerah tersebut.

Juri Peabody memujinya kerana “menunjukkan keberanian dan kegigihan di tengah-tengah bahaya dan memikul beratnya beban kewartawanan ketika seluruh dunia sedang memandang”.

Owda mendedikasikan Anugerah Peabody diterimanya kepada pelajar universiti dan aktivis global yang bersolidariti bersama rakyat Palestin di Gaza.

“Buat semua mereka yang turun ke jalanan. Buat semua yang berada di rumah yang ikut serta memboikot. Buat semua mereka di seluruh dunia, tanpa mengira agama, warna kulit dan etnik mereka.

“Tanpa mengira apa yang membezakan mereka, mereka bersatu dalam satu misi: dalam tuntutan mereka untuk kebebasan Palestin. Kamu semua layak menerima anugerah ini. 

“Dan begitu juga kami. Dan suatu hari nanti, genosid (pembunuhan beramai-ramai) ini akan berakhir. Dan Palestin akan bebas. Dan kami akan menyambut kamu di sini. Di bumi Gaza. Semua kamu,” kata Owda. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *