Antarabangsa
Wartawan video Gaza, Bisan Owda dicalonkan Anugerah Emmy 2024
Wartawan dan pembuat filem Palestin, Bisan Owda dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij Anugerah Emmy Berita dan Dokumentari.
- Wartawan dan pembuat filem Palestin, Bisan Owda dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij Anugerah Emmy Berita dan Dokumentari.
- Karyanya, “Ini Bisan dari Gaza dan Saya Masih Hidup” dengan kerjasama AJ+ mendapat pujian atas gambaran kebenaran dan realiti kehidupannya di tengah-tengah cabaran berterusan kehidupan di Gaza.
- Pencalonan berprestij itu dikongsikan kepada dunia oleh AJ+ di platform Instagram, lapor The Express Tribune.
- Sejak 7 Oktober tahun lalu, Owda menumpukan perhatiannya untuk mendokumentasikan realiti kehidupan sehariannya di Gaza, menawarkan sudut pandang yang jarang diketengahkan dengan gambaran asli ketabahan warga Palestin di bawah penjajahan Israel.
- Karyanya memberi sentuhan kepada penonton di seluruh dunia, mendedahkan ketahanan dan kekuatan rakyat Palestin yang berdepan kesukaran mendalam dan berterusan.
Wartawan dan pembuat filem Palestin, Bisan Owda dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij Anugerah Emmy Berita dan Dokumentari.
Karyanya, “Ini Bisan dari Gaza dan Saya Masih Hidup” dengan kerjasama AJ+ mendapat pujian atas gambaran kebenaran dan realiti kehidupannya di tengah-tengah cabaran berterusan kehidupan di Gaza.
Pencalonan berprestij itu dikongsikan kepada dunia oleh AJ+ di platform Instagram, lapor The Express Tribune.
Sejak 7 Oktober tahun lalu, Owda menumpukan perhatiannya untuk mendokumentasikan realiti kehidupan sehariannya di Gaza, menawarkan sudut pandang yang jarang diketengahkan dengan gambaran asli ketabahan warga Palestin di bawah penjajahan Israel.
Karyanya memberi sentuhan kepada penonton di seluruh dunia, mendedahkan ketahanan dan kekuatan rakyat Palestin yang berdepan kesukaran mendalam dan berterusan.
Pada Jun, hasil dedikasi tanpa henti Owda, beliau dikurniakan Anugerah Peabody, yang diterimanya dari kem pelarian di Gaza—satu pencapaian bersejarah yang menjadikannya salah seorang penerima termuda anugerah tersebut.
Juri Peabody memujinya kerana “menunjukkan keberanian dan kegigihan di tengah-tengah bahaya dan memikul beratnya beban kewartawanan ketika seluruh dunia sedang memandang”.
Owda mendedikasikan Anugerah Peabody diterimanya kepada pelajar universiti dan aktivis global yang bersolidariti bersama rakyat Palestin di Gaza.
“Buat semua mereka yang turun ke jalanan. Buat semua yang berada di rumah yang ikut serta memboikot. Buat semua mereka di seluruh dunia, tanpa mengira agama, warna kulit dan etnik mereka.
“Tanpa mengira apa yang membezakan mereka, mereka bersatu dalam satu misi: dalam tuntutan mereka untuk kebebasan Palestin. Kamu semua layak menerima anugerah ini.
“Dan begitu juga kami. Dan suatu hari nanti, genosid (pembunuhan beramai-ramai) ini akan berakhir. Dan Palestin akan bebas. Dan kami akan menyambut kamu di sini. Di bumi Gaza. Semua kamu,” kata Owda. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel