Terkini
Tidak perlu kritik Mufti Terengganu, fahami maksud dakwah Islam – Khairuddin
Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri mengingatkan masyarakat tidak mengkritik Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berhubung pandangannya mengenai isu keberadaan umat Islam di rumah ibadat agama lain, sebaliknya semua pihak perlu memahami maksud dakwah dalam Islam.
- Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata setiap Muslim mempunyai tanggungjawab dakwah yang bermaksud mereka perlu membawa mesej Islam di mana sahaja mereka berada sama ada secara lisan atau pembawaan diri.
- “Apabila Mufti Terengganu (Datuk Dr Mohamad Sabri Haron) menegaskan keberadaan orang Islam di rumah ibadat bukan Islam dibenarkan jika dengan tujuan dakwah ia bermaksud tanggungjawab setiap Muslim ialah membawa mesej Islam, termasuk mesej cintakan kedamaian, interaksi kemanusiaan dan sebagainya sama ada secara lisan atau secara pembawaan diri.
- “Itulah yang dilakukan oleh para Sahabat seperti Umar bin al-Khattab (r.a) apabila masuk ke gereja ketika di Baitul Maqdis pada tahun ke 15 H membawa mesej kedamaian dan perlindungan Islam untuk orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menetap di sana di bawah payung pemerintahan Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Isnin.
- Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan pendapat Mohamad Sabri bahawa orang Islam dibenarkan memasuki rumah ibadat agama lain dengan tujuan menyebarkan dakwah dan syariat Islam.
- MCCBCHST berkata dakwaan Mufti Terengganu itu boleh menjejaskan kesucian tempat ibadat bukan Islam, sekali gus mewujudkan suasana permusuhan yang boleh menyebabkan keamanan terganggu.
KUALA LUMPUR — Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri mengingatkan masyarakat tidak mengkritik Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berhubung pandangannya mengenai isu keberadaan umat Islam di rumah ibadat agama lain, sebaliknya semua pihak perlu memahami maksud dakwah dalam Islam.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata setiap Muslim mempunyai tanggungjawab dakwah yang bermaksud mereka perlu membawa mesej Islam di mana sahaja mereka berada sama ada secara lisan atau pembawaan diri.
“Apabila Mufti Terengganu menegaskan keberadaan orang Islam di rumah ibadat bukan Islam dibenarkan jika dengan tujuan dakwah ia bermaksud tanggungjawab setiap Muslim ialah membawa mesej Islam, termasuk mesej cintakan kedamaian, interaksi kemanusiaan dan sebagainya sama ada secara lisan atau secara pembawaan diri.
“Itulah yang dilakukan oleh para Sahabat seperti Umar bin al-Khattab (r.a) apabila masuk ke gereja ketika di Baitul Maqdis pada tahun ke 15H membawa mesej kedamaian dan perlindungan Islam untuk orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menetap di sana di bawah payung pemerintahan Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Isnin.
Terdahulu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) dilaporkan tidak bersetuju dengan pendapat Mohamad Sabri bahawa orang Islam dibenarkan memasuki rumah ibadat agama lain dengan tujuan menyebarkan dakwah dan syariat Islam.
MCCBCHST berkata dakwaan Mufti Terengganu itu boleh menjejaskan kesucian tempat ibadat bukan Islam, sekali gus mewujudkan suasana permusuhan yang boleh menyebabkan keamanan terganggu.
Turut menyangkal kenyataan Mohamad Sabri, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dilaporkan berkata semua pihak perlu mengakui Malaysia adalah sebuah negara dengan kepelbagaian dan pandangan mana-mana agama tidak harus dipaksakan ke atas pihak lain.
Mohamad Sabri sebelum itu dilaporkan berkata bahawa orang Islam dibenarkan masuk ke rumah ibadat agama lain untuk menyebarkan dakwah dan syariat Islam.
“Tidak boleh kita pergi (rumah ibadat agama lain) tanpa tujuan. Datang memperkenalkan Islam dan untuk berdakwah, dibolehkan. Bukan tujuan menyatakan Islam sama dengan agama lain,” katanya kepada Sinar Ahad pada 4 Ogos lalu.
Ia berikutan video tular memaparkan program Lawatan Harmoni Terbimbing untuk guru-guru agama dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ke Kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Kasipillay, Ipoh, Perak yang mencetuskan kebimbangan apabila seorang wanita daripada JAIPk menyifatkan terdapat banyak persamaan antara agama Hindu dan Islam.
Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata mana-mana majlis perundingan agama bukan Islam tidak perlu sensitif dengan maksud dakwah Islam yang menjadi sebahagian tanggungjawab Muslim sebagaimana disebut Mufti Terengganu itu.
“Mana-mana majlis perundingan agama bukan Islam tidak perlu sensitif terhadap maksud dakwah Islam yang menjadi sebahagian tanggungjwab Muslim sebagaimana disebut oleh Mufti Terengganu.
“Dakwah Islam adalah seruan ke arah kedamaian manusia sejagat bukan hanya mengajak bukan Islam memeluk agama Islam,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Terkini
Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum
Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
- Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
- Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
- Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
- Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
- Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.
Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.
Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.
Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel