Connect with us

Terkini

Kementerian Pendidikan digesa sekat penyebaran komik ‘Superman Hew’ di sekolah, termasuk SJK

Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan pekeliling melarang penyebaran dan pembacaan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ di sekolah, termasuk sekolah jenis kebangsaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
  • Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan pekeliling melarang penyebaran dan pembacaan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ di sekolah, termasuk sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
  • Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata beliau berharap Menteri Pendidikan akan memantau penyebaran komik tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau dikenali sebagai ‘Superman Hew’ itu, dalam kalangan pelajar sekolah.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut diminta mempertimbangkan semula penarikan larangan penerbitan komik itu dan memastikan ia tidak mendekati anak-anak di negara ini.
  • “Saya amat kecewa dengan keputusan KDN (Kementerian Dalam Negeri) untuk menarik semula larangan penerbitan komik tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar memandangkan kandungan komik tersebut amat tidak sesuai dibaca oleh masyarakat majmuk di negara ini khususnya kanak-kanak,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan pekeliling melarang penyebaran dan pembacaan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ di sekolah, termasuk sekolah jenis kebangsaan.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata beliau berharap Menteri Pendidikan akan memantau penyebaran komik tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau dikenali sebagai ‘Superman Hew’ itu, dalam kalangan pelajar sekolah.

Wan Fayhsal yang juga Ketua Armada BERSATU Malaysia turut meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk mempertimbangkan semula penarikan larangan penerbitan komik itu dan memastikan ia tidak mendekati anak-anak di negara ini.

“Saya amat kecewa dengan keputusan KDN (Kementerian Dalam Negeri) untuk menarik semula larangan penerbitan komik tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar memandangkan kandungan komik tersebut amat tidak sesuai dibaca oleh masyarakat majmuk di negara ini khususnya kanak-kanak.

“Kementerian Pendidikan perlu mengeluarkan pekeliling melarang penyebaran dan pembacaan buku ini di sekolah, termasuk sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

“Saya berharap agar Menteri Pendidikan memantau penyebaran buku ini di kalangan pelajar sekolah, sekiranya ada.

“Kerajaan sepatutnya memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat dan perlu mengelakkan perpecahan di saat ancaman Islamophobia di dunia ketika ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Pada Selasa, media melaporkan perintah larangan penerbitan komik kontroversi itu telah dibatalkan, dengan Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Saifuddin pada 6 Ogos.

Perintah larangan itu sebelum ini dikenakan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

Kandungan penerbitan itu antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta salah dan mengelirukan tentang komunis serta mengandungi unsur membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.

la juga dikatakan boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda tentang sejarah Malaysia, seterusnya mempertikaikan usaha dan perjuangan tokoh atau pemimpin negara terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada Julai 2022, memutuskan buku komik kontroversi itu tidak mengandungi bahan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Ia diikuti laporan menyatakan Kerajaan Persekutuan pada 8 Disember 2022 gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan semula larangan ke atas penerbitan komik itu.

Keputusan terbaharu kerajaan berhubung komik itu mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk Ahli Parlimen pembangkang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang meminta supaya Kerajaan Madani menyemak semula keputusan pembatalan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh pada Selasa mendesak kerajaan mempertimbangkan langkah memfailkan permohonan menyemak semula keputusan pembatalan perintah larangan penerbitan komik itu.

Dr Akmal berkata semakan semula keputusan terbabit adalah selaras kuasa sedia ada Mahkamah Persekutuan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan ia bagi mengelakkan ketidakadilan.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berpandangan kerajaan wajar menilai semua pembatalan pengharaman komik itu.

Muhyiddin berkata komik itu diharamkan ketika dia menjadi Menteri Dalam Negeri pada 2019, antaranya atas dasar ia membawa ideologi komunisme dan sosialisme.

“Saya tak tahu ada keputusan mahkamah ke apa, tapi faktanya dulu komik itu tidak dibenarkan dibawa masuk ke sekolah kerana ada eleman tertentu (seperti) komunisme, sosialisme yang tak sesuai dengan tata budaya kita.

“Sebab itu mungkin wajar Ketua Pemuda UMNO (meminta) supaya kerajaan menelitinya semula (perkara itu). Ini bukan soal kecil (tapi) melibatkan keselamatan negara, isu soal masa depan anak-anak kita,” katanya dipetik MalaysiaKini ketika ditemui di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, petang semalam. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *