Connect with us

Terkini

Ahli politik terpalit skandal seks harus dikenakan tindakan keras – WAFIQ

Ikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) mendesak supaya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikenakan tindakan tegas di atas penglibatannya dalam skandal seks yang telah diputuskan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Naib Presiden II WAFIQ, Fatihah Jamhari berkata pihaknya menggesa supaya parti politik dianggotai ahli politik terbabit mengambil tindakan tegas terhadapnya ekoran penglibatan beliau dalam skandal seks itu.
  • Sekalipun ADUN terbabit bukan pelaku, namun penglibatannya dalam mengaturkan sambutan ulang tahun, diraikan dengan mengambil minuman beralkohol, telah dinamakan dalam Alasan Penghakiman yang tular khususnya melalui keterangan saksi pengadu.
  • Keterangan saksi pengadu dalam Alasan Penghakiman tersebut turut menyatakan dengan jelas ahli politikus terbabit sudah kerap mengadakan hubungan intim bersamanya, meskipun tanpa ikatan perkahwinan sah. 
  • “WAFIQ menuntut Bahagian Penguatkuasaan Agama dan Bahagian Pendakwaan Syarie memulakan suatu penyiasatan telus dan selanjutnya menggunakan kerangka perundangan sedia ada untuk memastikan ahli politik tersebut dikenakan tindakan sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, khususnya dalam memastikan pasangan Muslim yang mengaku berzina dan tidak menafikan mereka telah berzina dalam dokumen rasmi mahkamah disiasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis lalu.
  • Pada Julai lalu, Mahkamah Sesyen di sini dilaporkan menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan ke atas bekas pembantu seorang ADUN yang didapati bersalah merogol seorang wanita di hotel selepas sambutan ulang tahun kelahiran mangsa, empat tahun lalu.

KUALA LUMPUR — Ikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) mendesak supaya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikenakan tindakan tegas di atas penglibatannya dalam skandal seks yang telah diputuskan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Naib Presiden II WAFIQ, Fatihah Jamhari berkata pihaknya menggesa supaya parti politik dianggotai ahli politik terbabit mengambil tindakan tegas terhadapnya ekoran penglibatan beliau dalam skandal seks itu.

Fatihah berkata sekalipun ADUN terbabit bukan pelaku, namun penglibatannya dalam mengaturkan sambutan ulang tahun, diraikan dengan mengambil minuman beralkohol, telah dinamakan dalam Alasan Penghakiman yang tular khususnya melalui keterangan saksi pengadu.

Katanya, selain itu keterangan saksi pengadu dalam Alasan Penghakiman tersebut turut menyatakan dengan jelas bahawa ahli politik terbabit sudah kerap mengadakan hubungan intim bersamanya, meskipun tanpa ikatan perkahwinan sah. 

“Ini ketara menggambarkan moraliti dan integriti ahli politikus terbabit yang buruk sehinggakan dia sanggup meninggalkan teman wanitanya dalam keadaan rentan bersama pembantunya tanpa mengambil kira keselamatan wanita tersebut yang akhirnya telah dirogol.

“WAFIQ mencela tindakan ahli politik tersebut yang tidak segan dengan moraliti dipegang teguh masyarakat Malaysia bersandarkan budaya ketimuran yang mementingkan prinsip keutuhan keluarga sebagai pasak utama masyarakat.

“Sebagai pemimpin dalam masyarakat yang memegang jawatan penting dalam politik, termasuk sebagai seorang ADUN Selangor, ahli politik tersebut telah menunjukkan kelakuan sangat biadap terhadap Keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang memperakui ajaran agama Islam sebagai pasak negara selain mengingkari Kedaulatan Undang-Undang, termasuk di bawah enakmen Syariah negeri. 

“WAFIQ menuntut Bahagian Penguatkuasaan Agama dan Bahagian Pendakwaan Syarie memulakan suatu penyiasatan telus dan selanjutnya menggunakan kerangka perundangan sedia ada untuk memastikan ahli politik tersebut dikenakan tindakan sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, khususnya dalam memastikan pasangan Muslim yang mengaku berzina dan tidak menafikan mereka telah berzina dalam dokumen rasmi mahkamah disiasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis lalu.

Fatiha berkata sebagai seorang ADUN terlibat dalam penggubalan undang-undang di peringkat negeri, ahli politik terbabit telah bertindak bertentangan nilai kehormatan yang dirangkumi dalam undang-undang termaktub di Malaysia, khususnya di Selangor.

“Malaysia mempunyai sistem perundangan yang unik di mana moraliti dipandang penting bagi memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya. 

“WAFIQ menuntut agar sistem perundangan ini digunakan sepenuhnya bagi memastikan jenayah seumpama kes sebegini dapat dielakkan daripada berleluasa,” katanya.

Pada Julai lalu, Mahkamah Sesyen di sini dilaporkan menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan ke atas bekas pembantu seorang ADUN yang didapati bersalah merogol seorang wanita di hotel selepas sambutan ulang tahun kelahiran mangsa, empat tahun lalu.

Mohd Zulfahimin Mahdzir, 40, bekas pembantu ADUN Gombak Setia di Selangor, didapati bersalah atas tuduhan pindaan merogol mangsa berusia 35 tahun itu yang juga kenalan rapat wakil rakyat berkenaan, Muhammad Hilman Idham.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak berpuas hati pembelaan ahli perniagaan itu tidak mempunyai merit dan gagal menyangkal keterangan saksi-saksi pendakwaan (saksi mata) yang menyatakan wanita itu mabuk pada malam kejadian.

Pihak pendakwaan menyatakan, pada malam kejadian, mangsa dijemput Muhammad Hilman untuk meraikan majlis ulang tahun kelahiran mangsa bersama tiga rakan lain, termasuk tertuduh di restoran hotel berkenaan.

Kelima-lima mereka dan seorang rakan lain kemudian berhibur di pusat karaoke hotel itu. Mangsa kemudian mabuk selepas mengambil minuman keras sehingga terpaksa dipapah ke bilik hotel dengan keterangan pekerja hotel menunjukkan bilik itu didaftar atas nama tertuduh.

Mangsa mengaku berada dalam keadaan separa sedar dan menyedari tertuduh menindihnya. Selepas terjaga kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa mendapati dirinya dalam keadaan bogel sebelum menemui kondom yang sudah digunakan dalam tong sampah bilik hotel itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *