Connect with us

Terkini

Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak ‘keterlaluan’ dalam membahaskan polemik berkaitan isu BlackRock.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan yang dikaitkan dengan rejim Israel boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai negara sedang berkembang.
  • Anwar menjelaskan keberadaan syarikat gergasi pelaburan itu di Malaysia sejak sekian lama bagaimanapun tidak ‘menghalang’ pendirian Malaysia dalam menyuarakan isu kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza, Palestin.
  • “Dalam sejarah dan ketimbang dengan negara lain, kita (Malaysia) antara paling jelas dan keras, jangan tuntut lebih dari itu. Kita ini negara berkembang, tengok tahap keupayaan kita, jangan kerana nafsu serakah nak tunjuk hebat, kita rosakkan kepentingan negara, itu prinsip secara umumnya.
  • “…dan kezaliman Israel ke atas Palestin adalah sangat jelas, tiada siapa yang pertikai. (Tapi) Kalau ada syarikat Microsoft ke, Google ke tunjuk simpati pada Israel kita memang tentang, (namun) apakah saudara fikir kita harus tutup semua laluan dan kerjasama dengan mereka?” katanya.

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak ‘keterlaluan’ dalam membahaskan polemik berkaitan isu BlackRock.

Beliau berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan yang dikaitkan dengan rejim Israel boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.

Berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Julai di sini Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan keberadaan syarikat gergasi pelaburan itu di Malaysia sejak sekian lama bagaimanapun tidak ‘menghalang’ pendirian Malaysia dalam menyuarakan isu kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza, Palestin.

“Dalam sejarah dan ketimbang dengan negara lain, kita (Malaysia) antara paling jelas dan keras, jangan tuntut lebih dari itu. Kita ini negara berkembang, tengok tahap keupayaan kita, jangan kerana nafsu serakah nak tunjuk hebat, kita rosakkan kepentingan negara, itu prinsip secara umumnya.

“…dan kezaliman Israel ke atas Palestin adalah sangat jelas, tiada siapa yang pertikai. (Tapi) Kalau ada syarikat Microsoft ke, Google ke tunjuk simpati pada Israel kita memang tentang, (namun) apakah saudara fikir kita harus tutup semua laluan dan kerjasama dengan mereka?” katanya.

Sebelum in dilaporkan semakan data menunjukkan BlackRock sudah mempunyai kepentingan dan pegangan saham dalam syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia bernilai RM24.7 bilion dan RM7.9 bilion dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia.

Data yang boleh diperoleh secara terbuka itu juga menunjukkan sehingga Mei 2024, firma pelaburan global itu sudah sedia ada memiliki pelaburan dalam ekuiti, dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia yang merangkumi keseluruhan sektor industri, dengan tiga institusi perbankan di negara ini.

Anwar berkata pada 2018, Perdana Menteri ketika itu (Tun Dr Mahathir Mohamad) di London pernah menekankan keperluan firma itu masuk ke Malaysia, manakala pada 2021, Perdana Menteri ketika itu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) meluluskan cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyerahkan kepada BlackRock untuk menguruskan dana khas KWSP RM600 juta.

Mengenai kerjasama Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan KWSP bersama Global Infrastructure Partners (GIP) berhubung kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Perdana Menteri berkata kerjasama antara KWSP dan GIP sudah bermula sejak 2012.

“Sebab itulah Khazanah dan KWSP berunding dengan GIP, lapangan terbang kita ada kebaikannya dan kekuatannya tetapi ketimbang lapangan terbang besar lain, ada banyak kelemahannya terutama dari segi kejuruteraan, pakar teknikal, pengurusannya.

“Ada ruang yang harus diperbaiki kerana kita sudah agak ketinggalan, perancangannya dan pelbagai lagi, keputusan Khazanah dan KWSP kemudian mereka maklumkan kepada saya dan saya kata teruskan,” katanya.

Sebelum ini Anwar dilaporkan berkata penjualan pegangan saham dalam MAHB kepada GIP telah melalui syarat yang ketat dan antara merit pemilihannya adalah berikutan persetujuan syarikat itu untuk mengekalkan pelantikan warganegara Malaysia sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAHB dan pemilikan kolektif saham majoriti milik negara.

Anwar berkata selain GIP pihak lain tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Khazanah dan KWSP.

GIP merupakan pelabur infrastruktur terkemuka yang menguruskan aset bernilai US$112 bilion bagi pihak pelaburnya yang merangkumi kira-kira 500 institusi pelaburan di seluruh dunia. — BERNAMA

Author

Terkini

Kerajaan pasti akan tunaikan penempatan matrikulasi, tidak perlu risau – Zambry

Kerajaan pasti akan menunaikan jaminan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penempatan pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dalam program matrikulasi atau program asasi universiti awam (UA).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau meminta pihak yang mempersoalkan pengumuman tersebut agar tidak risau, kerana kerajaan telah bersedia untuk selesaikannya dan bukan hanya andaian.
  • “Jadi apabila kita menyatakan kita akan memberikan tempat kepada pelajar yang mendapat 10A ke atas maka kita akan bagi tempat, jadi jangan tanya soal bagaimana (nak tunaikan) kerana yang paling mustahak ialah mereka akan diberikan tempat itu.
  • “Mungkin ada proses yang sebelum ini mereka tak ada dapat tempat dan kita akan proses kesemuanya berdasarkan kepada bilangan yang memperoleh keputusan cemerlang… Jadi apabila kita menyatakan kita akan memberikan tempat, kita akan berikan,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
  • Zambry mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan menimbulkan persoalan bagaimana program matrikulasi dapat menampung semua pelajar yang layak tanpa menjejaskan kuota Bumiputera.

KEPALA BATAS — Kerajaan pasti akan menunaikan jaminan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penempatan pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dalam program matrikulasi atau program asasi universiti awam (UA).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau meminta pihak yang mempersoalkan pengumuman tersebut agar tidak risau, kerana kerajaan telah bersedia untuk selesaikannya dan bukan hanya andaian.

“Jadi apabila kita menyatakan bahawa kita akan memberikan tempat kepada pelajar yang mendapat 10A ke atas maka kita akan bagi tempat, jadi jangan tanya soal bagaimana (nak tunaikan) kerana yang paling mustahak ialah mereka akan diberikan tempat itu.

“Mungkin ada proses yang sebelum ini mereka tak ada dapat tempat dan kita akan proses kesemuanya berdasarkan kepada bilangan yang memperoleh keputusan cemerlang… Jadi apabila kita menyatakan bahawa kita akan memberikan tempat, kita akan berikan,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan dan perasmian Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan BrachyAcademy, di Bertam di sini semalam.

Zambry mengulas berhubung kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan menimbulkan persoalan bagaimana program matrikulasi dapat menampung semua pelajar yang layak tanpa menjejaskan kuota Bumiputera.

Berhubung kuota Bumiputera, Zambry menegaskan ia telah dijelaskan oleh Perdana Menteri dan tidak timbul isu berhubung perkara itu, kerana ia tidak akan ‘mengorbankan’ kuota Bumiputera di negara ini.

Beliau berkata semua pelajar mendapat 10A ke atas akan diterima dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan berusaha sepenuhnya, bagi memastikan mereka yang terdiri pelajar terbaik itu mendapat tempat di matrikulasi atau program asasi UA.

“Namun seperti yang kita tahu bahawa ada dalam kalangan pelajar itu akan mendapat tempat di matrikulasi dan juga asasi bagi peringkat universiti, jadi mereka akan dibahagi-bahagikan (di matrikulasi dan asasi),” katanya.

Ahad lepas, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan memberi jaminan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah, akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, bermula tahun ini.

Perdana Menteri berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas itu, tidak akan mengganggu kuota pelajar Bumiputera sedia ada.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan bergerak secara agresif bersama KPT bagi menyelaraskan dengan segera, sekali gus memastikan penempatan semua pelajar cemerlang lepasan SPM dalam program matrikulasi. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending