Connect with us

Terkini

Usul tergempar bahas tangguh, batal penjualan saham MAHB kepada BlackRock ditolak Speaker

Usul tergempar dikemukakan seorang Ahli Parlimen pembangkang  yang meminta Majlis Mesyuarat ditangguhkan atau menggesa pembatalan penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat pro zionis, BlackRock ditolak Speaker Dewan Rakyat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
  • Usul itu dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1).
  • “Usul tergempar saya untuk bahas penangguhan atau pembatalan penjualan saham MAHB kepada syarikat pro-Zionis telah ditolak oleh Speaker.
  • “Saya akan terus runding dan desak dalam Parlimen agar hal ini dapat dibahaskan agar semua rakyat tahu apa sebenarnya telah dan akan berlaku ke atas aset strategik negara iaitu 39 buah lapangan terbang kita,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini yang turut memuat naik surat jawapan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bertarikh hari ini.
  • Johari Abdul dalam surat jawapan itu antaranya mengatakan Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PPMMDR) tidak mempunyai sebarang peruntukan supaya Majlis Mesyuarat ditangguhkan untuk merundingkan usul di bawah Peraturan tersebut. 

KUALA LUMPUR — Usul tergempar dikemukakan seorang Ahli Parlimen pembangkang  yang meminta Majlis Mesyuarat ditangguhkan atau menggesa pembatalan penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat pro zionis, BlackRock ditolak Speaker Dewan Rakyat.

Usul itu dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).

“Usul tergempar saya untuk bahas penangguhan atau pembatalan penjualan saham MAHB kepada syarikat pro-Zionis telah ditolak oleh Speaker.

“Saya akan terus runding dan desak dalam Parlimen agar hal ini dapat dibahaskan agar semua rakyat tahu apa sebenarnya telah dan akan berlaku ke atas aset strategik negara iaitu 39 buah lapangan terbang kita,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini yang turut memuat naik surat jawapan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bertarikh hari ini.

Johari Abdul dalam surat jawapan itu antaranya mengatakan pihaknya telah meneliti usul dikemukakan Wan Fayhsal yang mencadangkan supaya “Majlis Mesyuarat ditangguhkan” untuk merundingkan usul Ahli Parlimen Machang itu.

Beliau berkata Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PPMMDR) tidak mempunyai sebarang peruntukan supaya Majlis Mesyuarat ditangguhkan untuk merundingkan usul di bawah Peraturan tersebut. 

“Oleh itu, usul ini (dikemukakan Wan Fayhsal) adalah tidak teratur kerana ia tidak menepati keperluan dalam Peraturan Mesyuarat 18 PPMMDR.

“Justeru, selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(7)(c) PPMMDR, saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar,” katanya.

Wan Fayhsal pada Jumaat lalu memaklumkan beliau menghantar usul meminta untuk pihak kerajaan menarik semula keputusan penjualan sebahagian saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) & 18(2) sebagai usul tergempar. 

Pada 2 Jun lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,  Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilaporkan mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock memiliki pegangan dalam MAHB.

Sebelum ini, timbul kritikan menentang penyertaan BlackRock, menerusi anak syarikat penuhnya GIP, dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Pengkritik juga mendakwa BlackRock, firma pelaburan berpangkalan di New York, ‘mengambil untung daripada genosid’ menerusi pegangannya dalam syarikat persenjataan Amerika Syarikat, yang didakwa membekalkan senjata kepada Israel.

Tengku Zafrul bagaimanapun berkata BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.

Terbaharu, GIP menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA). — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending