Antarabangsa
Netanyahu bidas hasrat UNGA jadikan Palestin anggota penuh PBB
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk mempromosikan pengiktirafan negara Palestin.
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk mempromosikan pengiktirafan negara Palestin.
- “Tiada siapa yang akan menghalang kami, Israel, daripada menggunakan hak asasi kami untuk mempertahankan diri, bukan UNGA dan bukan mana-mana entiti lain,” kata pejabat Netanyahu dipetik Al Jazeera.
- UNGA pada Jumaat menerima pakai resolusi dengan 143 undian menyokong usaha Palestin menjadi ahli penuh PBB, sembilan menentang – termasuk Amerika Syarikat dan Israel – manakala 25 negara berkecuali.
- Langkah itu tidak memberikan Palestin keahlian penuh PBB tetapi menyatakan bahawa “Negara Palestin… wajar diterima menjadi ahli” dan “pengesyoran agar Majlis Keselamatan mempertimbangkan semula perkara itu dengan baik”.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk mempromosikan pengiktirafan negara Palestin.
“Tiada siapa yang akan menghalang kami, Israel, daripada menggunakan hak asasi kami untuk mempertahankan diri, bukan UNGA dan bukan mana-mana entiti lain,” kata pejabat Netanyahu dipetik Al Jazeera.
UNGA pada Jumaat menerima pakai resolusi dengan 143 undian menyokong usaha Palestin menjadi ahli penuh PBB, sembilan menentang – termasuk Amerika Syarikat dan Israel – manakala 25 negara berkecuali.
Langkah itu tidak memberikan Palestin keahlian penuh PBB tetapi menyatakan bahawa “Negara Palestin… wajar diterima menjadi ahli” dan “pengesyoran agar Majlis Keselamatan mempertimbangkan semula perkara itu dengan baik”.
Dengan kemampuan UNGA semata-mata yang tidak boleh memberikan keahlian penuh PBB, draf resolusi pada Jumaat itu akan memberi rakyat Palestin beberapa hak dan keistimewaan tambahan mulai September 2024.
Ini termasuk kerusi dalam kalangan ahli di dewan perhimpunan PBB – tanpa hak mengundi dalam badan itu. – The Merdeka Times