Connect with us

Terkini

Kelab Media Putrajaya kesal SUA Menteri Kesihatan tidak profesional, perlekeh pengamal media

Kelab Media Putrajaya kesal dengan sikap tidak profesional Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kesihatan iaitu Nik Azmi Nik Fathil yang jelas tidak mencerminkan jawatan dan tanggungjawab diamanahkan kepada beliau.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kelab Media Putrajaya kesal dengan sikap tidak profesional Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kesihatan iaitu Nik Azmi Nik Fathil yang jelas tidak mencerminkan jawatan dan tanggungjawab diamanahkan kepada beliau.
  • Kelab Media Putrajaya berkata demikian merujuk kepada aduan diterima daripada beberapa pengamal media yang membuat liputan Majlis Pelancaran Hasil Penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Permintaan Jagaan Kesihatan serta ‘Global Adult Tobacco Survey’ (GATS) Malaysia 2023 di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) pada 16 Mei lalu.
  • “Tindakan beliau memperlekeh pengamal media yang ingin mendapatkan penjelasan dan maklumat tambahan dari segi statistik berkaitan program tersebut, tidak boleh diterima sama sekali.
  • “Bagi Kelab Media Putrajaya, permintaan maklumat tambahan itu berasas apatah lagi ia membabitkan hasil penyelidikan yang menuntut angka yang tepat. 
  • “Jika kami pengamal media sentiasa dituntut untuk beretika dan menyampaikan fakta yang betul dalam pelaporan, namun jika ini reaksi yang diterima, ia akan mengganggu tugas kami untuk menampilkan laporan sahih, padat serta berkualiti kepada masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Jumaat.
  • Nik Azmi dilaporkan pada Jumaat memohon maaf atas perbuatannya yang ‘tidak profesional’ semasa sidang media kementerian itu.

KUALA LUMPUR — Kelab Media Putrajaya kesal dengan sikap tidak profesional Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kesihatan iaitu Nik Azmi Nik Fathil yang jelas tidak mencerminkan jawatan dan tanggungjawab diamanahkan kepada beliau.

Kelab Media Putrajaya berkata demikian merujuk kepada aduan diterima daripada beberapa pengamal media yang membuat liputan Majlis Pelancaran Hasil Penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Permintaan Jagaan Kesihatan serta ‘Global Adult Tobacco Survey’ (GATS) Malaysia 2023 di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) pada 16 Mei lalu.

“Tindakan beliau memperlekeh pengamal media yang ingin mendapatkan penjelasan dan maklumat tambahan dari segi statistik berkaitan program tersebut, tidak boleh diterima sama sekali.

“Bagi Kelab Media Putrajaya, permintaan maklumat tambahan itu berasas apatah lagi ia membabitkan hasil penyelidikan yang menuntut angka yang tepat. 

“Jika kami pengamal media sentiasa dituntut untuk beretika dan menyampaikan fakta yang betul dalam pelaporan, namun jika ini reaksi yang diterima, ia akan mengganggu tugas kami untuk menampilkan laporan sahih, padat serta berkualiti kepada masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Malah menurut Kelab Media Putrajaya ketika sidang media selepas program tersebut, apabila pemberita mengajukan pertanyaan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Setiausaha Akhbar terbabit terlebih dahulu mencelah dan menjawab bagi pihak menteri sedangkan ia belum sempat dijawab Dr Dzulkefly.

Katanya, tindakan Nik Azmi itu sekali lagi mengejutkan pengamal media yang hadir di lokasi untuk membuat liputan dan mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam industri kewartawanan kerana pertama kali berdepan tingkah laku sebegitu.

“Apakah ini prosedur baharu pentadbiran yang mana Setiausaha Akhbar boleh menjawab bagi pihak Menteri ketika sidang media?” kata kelab itu yang ditubuhkan sejak 2013 dan menjadi wadah kepada lebih 13 media bertugas.

Kelab Media Putrajaya menegaskan hubungan saling memerlukan dan melengkapi di antara pengamal media dan setiausaha-setiausaha akhbar kepada menteri amat penting dalam menyebar luas maklumat terutama dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan yang bermanfaat dan membentuk pemikiran masyarakat, selain menjadi semak dan imbang kepada negara.

“Teguran ini juga ditujukan kepada Ketua-ketua Unit Komunikasi Korporat kementerian, pegawai di Unit Komunikasi Korporat kementerian dan pegawai perhubungan awam mana-mana agensi atau jabatan kerajaan mahupun swasta yang mempunyai interaksi langsung bersama pengamal media agar kita dapat terus menjalinkan kerjasama dengan utuh dalam suasana hormat menghormati, mesra dan beradab,” katanya. 

Dalam pada itu, Nik Azmi dilaporkan memohon maaf atas perbuatannya yang ‘tidak profesional’ semasa sidang media kementerian itu pada Khamis.

Beliau juga memberi jaminan bahawa insiden seperti itu tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Saya minta maaf (kejadian sebegitu) berlaku dan saya memberi jaminan kepada anda (pengamal media) ia tidak akan berulang.

“Saya sentiasa berterima kasih atas jasa yang diberikan oleh pengamal media untuk membawa laporan yang baik kepada rakyat Malaysia,” katanya dipetik Harapan Daily pada Jumaat. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *