Connect with us

Antarabangsa

Kawalan penuh, pembersihan etnik perlu dilakukan untuk buka penempatan Yahudi di Gaza – Menteri Israel

Gaza harus berada di bawah kawalan penuh Israel dan pembersihan etnik perlu dilakukan untuk membuka jalan bagi penempatan Yahudi, kata Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
  • Gaza harus berada di bawah kawalan penuh Israel dan pembersihan etnik perlu dilakukan untuk membuka jalan bagi penempatan Yahudi, kata Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
  • Ben-Gvir berkata galakan “penghijrahan sukarela” rakyat Palestin dari Gaza adalah langkah “terakhir” dan “paling penting” bagi Israel untuk menduduki sepenuhnya wilayah konflik itu.
  • “Jika penghijrahan berlaku, dan ratusan ribu meninggalkannya, anda akan dapat membawa lebih ramai dan ramai dan ramai lagi orang masuk,” kata menteri Israel itu.
  • Ben-Gvir berkata dia “ingin tinggal di Gaza jika boleh” sekiranya matlamat memindahkan penduduk Palestin di Gaza tercapai.

Gaza harus berada di bawah kawalan penuh Israel dan pembersihan etnik perlu dilakukan untuk membuka jalan bagi penempatan Yahudi, kata Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.

Ben-Gvir berkata demikian semalam kepada saluran berita ultra-Ortodoks Kikar HaShabbat dipetik The Cradle.

Katanya, galakan “penghijrahan sukarela” rakyat Palestin dari Gaza adalah langkah “terakhir” dan “paling penting” bagi Israel untuk menduduki sepenuhnya dan membina penempatan di wilayah konflik itu.

“Jika penghijrahan berlaku, dan ratusan ribu meninggalkannya, anda akan dapat membawa lebih ramai dan ramai dan ramai lagi orang masuk,” kata menteri Israel itu.

Ben-Gvir berkata dia “ingin tinggal di Gaza jika boleh” sekiranya matlamat memindahkan penduduk Palestin di Gaza tercapai.

Sekurang-kurangnya 35,647 warga Palestin terbunuh dan 79,852 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. Angka kematian di Israel pula 1,139 maut dengan puluhan dilaporkan masih ditawan Hamas di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Malaysia boleh ikut jejak Australia haramkan penjualan vape di luar farmasi

Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed.
  • Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.
  • Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed bagaimanapun berkata produk berkenaan perlu didaftar dan dikawal selia di bawah National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai produk berhenti merokok.
  • “Kalau kita nak ikut Australia, kita dah ada kita punya regulations. Kalau nak apa-apa produk pun digunakan untuk berhenti merokok, produk tersebut perlu diluluskan dahulu oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • “Jadi kalau dia (penjual mengesyorkan) gunakan untuk tujuan membantu orang berhenti merokok, jadi daftarkanlah produk dia, produk rokok elektronik tu.
  • “Jadi bila dah daftar, bolehlah dijual di bawah kategori apa yang bersesuaian itu (yang) akan ditentukan pihak KKM berdasarkan bukti kajian klinikal yang dijalankan berdasarkan kepada tahap keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.
  • Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan Australia melarang penjualan vape di luar farmasi berkuatkuasa semalam.

KUALA LUMPUR – Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.

Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed bagaimanapun berkata produk berkenaan perlu didaftar dan dikawal selia di bawah National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai produk berhenti merokok.

NPRA adalah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kalau kita nak ikut Australia, kita dah ada kita punya regulations. Kalau nak apa-apa produk pun digunakan untuk berhenti merokok, produk tersebut perlu diluluskan dahulu oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jadi kalau dia (penjual mengesyorkan) gunakan untuk tujuan membantu orang berhenti merokok, jadi daftarkanlah produk dia, produk rokok elektronik tu.

“Jadi bila dah daftar, bolehlah dijual di bawah kategori apa yang bersesuaian itu (yang) akan ditentukan pihak KKM berdasarkan bukti kajian klinikal yang dijalankan berdasarkan kepada tahap keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan Australia melarang penjualan vape di luar farmasi berkuatkuasa semalam.

Semalam, Australia menjadi negara pertama menguatkuasakan pengharaman penjualan vape di luar farmasi yang menyaksikan pembuatan, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan tempatan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik, dilarang di bawah langkah pembaharuan itu.

Menurut undang-undang baharu itu, penguatkuasaan akan menyasarkan individu dan peniaga penjual vape, bukannya penggunanya.

Hukuman berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan. 

Semakan TMT menerusi enjin carian di laman sesawang NPRA setakat ini menunjukkan tiada produk vape berdaftar di bawah agensi kawalselia farmaseutikal kebangsaan Malaysia itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending