Connect with us

Terkini

Jangan jadikan had sebagai alasan sekat kebebasan media – Pengamal media

Kebebasan media, termasuk di Malaysia, mempunyai had, namun ia tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk mengekang peranannya di negara ini, kata pengamal media, Syahril A Kadir.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kebebasan media, termasuk di Malaysia, mempunyai had, namun ia tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk mengekang peranannya di negara ini, kata pengamal media, Syahril A Kadir.
  • “Kita tertakluk daripada segi undang-undang, peraturan, akta… part of that kita kena juga dari segi sosio budaya, agama kita juga negara berbilang bangsa keturunan, jadi of course (tentunya) ada limitation (kekangan) tak boleh bebas 100 percent begitu sahaja mesti ada had. Cuma persoalannya sekarang yang dikatakan limitation tu, limit macam mana…
  • “… saya merasakan bahawa ya, perlu ada limit (kekangan) bila bicara tentang kebebasan media, tapi pada masa sama jangan menggunakan alasan itu untuk mengekang media di negara kita,” kata Syahril yang juga Pengasas Tanah Berdaulat TV ketika ditemui Merdeka Times di Solaris Mont Kiara di sini pada Selasa.
  • Syahril berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang jatuh pada kedudukan ke-107 berbanding tangga ke-73 pada tahun lalu.
  • Pengamal media, Firdaus Azil pula percaya sekatan terhadap beberapa portal berita sebelum ini turut menyumbang kepada kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.
  • “Zaman sekarang ini, kita kena ingat demokrasi kita sudah berubah. Tiada lagi kerajaan akan kekal kerajaan, pembangkang kekal pembangkang. Masing-masing sudah menjadi kerajaan dan pembangkang. Kalau dahulu dijanjikan kebebasan media yang berpatutan, maka perlu kotakan apa yang dicakap (dikatakan) itu,” kata Firdaus.

KUALA LUMPUR – Kebebasan media, termasuk di Malaysia, mempunyai had, namun ia tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk mengekang peranannya di negara ini, kata pengamal media, Syahril A Kadir.

Foto: Pengasas Tanah Berdaulat TV, Syahril A Kadir.

Beliau mengakui tiada istilah kebebasan mutlak dalam media yang tertakluk kepada beberapa faktor, termasuk undang-undang.

“Saya ingin tegaskan di sini dalam apa benda sekalipun, tidak ada kebebasan yang mutlak dalam konteks media pun begitu. Mana mungkin kita boleh enjoy (nikmati) 100 percent kebebasan dalam konteks Malaysia. 

“Kita tertakluk daripada segi undang-undang, peraturan, akta… part of that kita kena juga dari segi sosio budaya, agama kita juga negara berbilang bangsa keturunan, jadi of course (tentunya) ada limitation (kekangan) tak boleh bebas 100 percent begitu sahaja mesti ada had. Cuma persoalannya sekarang yang dikatakan limitation tu, limit macam mana…

“… saya merasakan bahawa ya, perlu ada limit (kekangan) bila bicara tentang kebebasan media, tapi pada masa sama jangan menggunakan alasan itu untuk mengekang media di negara kita,” kata Syahril yang juga Pengasas Tanah Berdaulat TV ketika ditemui Merdeka Times di Solaris Mont Kiara di sini pada Selasa.

Syahril berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang jatuh pada kedudukan ke-107 berbanding tangga ke-73 pada tahun lalu.

Berhubung isu itu, Syahril yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang media menimbulkan persoalan mengenai kayu ukur RSF berhubung indeks itu sama ada ia turut melibatkan tindakan Malaysia ke atas laporan mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) .

Of course (tentunya) kita media di Malaysia ini ada had dalam melaporkan berita-berita sebegitu, tetapi mungkin bagi negara Barat sebarang usaha untuk menyekat berita-berita mengenai LGBT dianggap sebagai menyekat kebebasan bersuara.

“Kalau itu dijadikan ukuran so memang patutlah kita jatuh. Tetapi kalaulah benda-benda lain, contohnya laporan untuk menambah baik sesebuah pengurusan kerajaan itu dianggap sebagai ancaman lalu harus disekat, blacklist, ditutup dan sebagainya, yang itu satu yang tidak elok dan sudah pasti kerajaan kena buat sesuatu,” kata Syahril.

Mengulas lanjut, Syahril turut menyambut baik keterbukaan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk mengadakan perbincangan dengan pihak RSF berhubung perkara itu.

“Saya difahamkan YB Fahmi berkata mereka willing (bersedia) untuk mendengar dan memperbaiki mana-mana… atau membuat penambahbaikan hasil daripada laporan dikemukakan oleh RSF. Itu point saya yang pertama, maknanya ada sifat keterbukaan di situ untuk menerima pandangan dan menambah baik sekiranya dirasakan perlu,” katanya. 

Pengamal media, Firdaus Azil pula percaya sekatan terhadap beberapa portal berita sebelum ini turut menyumbang kepada kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.

Foto: Wartawan Penyiaran, Firdaus Azil.

Beliau menyarankan kerajaan bersikap lebih terbuka menangani kritikan dan berbincang dengan pihak terbabit sekiranya kritikan itu berasas.

“Zaman sekarang ini, kita kena ingat demokrasi kita sudah berubah. Tiada lagi kerajaan akan kekal kerajaan, pembangkang kekal pembangkang. 

“Masing-masing sudah menjadi kerajaan dan pembangkang. Kalau dahulu dijanjikan kebebasan media yang berpatutan, maka perlu kotakan apa yang dicakap (dikatakan) itu.

“Takkanlah dulu kritik media tak bebas, bila jadi kerajaan buat pula media tak bebas,” kata wartawan penyiaran itu ketika ditemui Putrajaya International Convention Centre (PICC) di sini semalam. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *