Connect with us

Antarabangsa

ExxonMobil tidak berminat ambil kerja pelajar protes pro-Palestin – CEO

Ketua Pegawai Eksekutif ExxonMobil, Darren Woods berkata syarikat minyak itu tidak berminat mengambil kerja pelajar yang mengambil bahagian dalam protes kampus kolej pro-Palestin di seluruh Amerika Syarikat (AS).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif ExxonMobil, Darren Woods.
  • Ketua Pegawai Eksekutif ExxonMobil, Darren Woods berkata syarikat minyak itu tidak berminat mengambil kerja pelajar yang mengambil bahagian dalam protes kampus kolej pro-Palestin di seluruh Amerika Syarikat (AS).
  • “Gangguan dan intimidasi, terus terang tidak ada tempat untuk semua itu di universiti-universiti tersebut dan sudah tentu tiada tempat untuknya dalam syarikat seperti ExxonMobil,” kata Woods dalam temu bual dengan CNBC minggu lalu.
  • Hos dan Ahli Perniagaan (rancangan) Shark Tank, Kevin O’Leary mempunyai pandangan serius berkenaan apa bakal dihadapi pelajar penunjuk perasaan selepas tamatnya pengajian.
  • “Orang-orang ini silap besar,” kata O’Leary semasa wawancara Fox News awal minggu lalu.
  • Sementara itu, peguam Alan Dershowitz berikrar akan mengambil langkah undang-undang diperlukan untuk menghukum pelajar-pelajar penunjuk perasaan yang terlibat dalam sebarang tindakan yang didakwanya anti-semitisme, merujuk mereka sebagai “pentaksub, anti-semitisme dan berpotensi menjadi pengganas kejam”.

Ketua Pegawai Eksekutif ExxonMobil, Darren Woods berkata syarikat minyak itu tidak berminat mengambil kerja pelajar yang mengambil bahagian dalam protes kampus kolej pro-Palestin di seluruh Amerika Syarikat (AS).

“Gangguan dan intimidasi, terus terang tidak ada tempat untuk semua itu di universiti-universiti tersebut dan sudah tentu tiada tempat untuknya dalam syarikat seperti ExxonMobil,” kata Woods dalam temu bual dengan CNBC minggu lalu.

“Kami tidak akan mahu membawa orang seperti itu ke dalam syarikat kami dan jika tindakan atau protes itu mencerminkan nilai kampus tempat mereka melakukannya, kami tidak berminat untuk merekrut pelajar dari kampus tersebut,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.

Hos dan Ahli Perniagaan (rancangan) Shark Tank, Kevin O’Leary mempunyai pandangan serius berkenaan apa bakal dihadapi pelajar penunjuk perasaan selepas tamatnya pengajian.

“Orang-orang ini silap besar,” kata O’Leary semasa wawancara Fox News awal minggu lalu.

“Saya tidak kisah universiti apa atau apa kamu bakar atau kamu berada di pihak siapa. Kamu tidak akan pernah tahu mengapa kamu tidak dapat pinjaman perumahan.. kamu tidak akan pernah tahu “saya tidak dapat pekerjaan itu” kerana kami melihat kamu sekarang.

“Dan apa yang kamu perlukan ialah dedahkan mata kamu kepada imej terbaharu 4K, dan sepanjang hayat kamu, kamu akan berada dalam timbunan (senarai nama tidak diambil bekerja) ini,” katanya.

Sementara itu, peguam Alan Dershowitz berikrar akan mengambil langkah undang-undang diperlukan untuk menghukum pelajar-pelajar penunjuk perasaan yang terlibat dalam sebarang tindakan yang didakwanya anti-semitisme, merujuk mereka sebagai “pentaksub, anti-semitisme dan berpotensi menjadi pengganas kejam”.

“Kami akan menyaman mereka dan kami akan tarik (kemudahan) bilik asrama mereka. Kami akan mengambil kereta dan boombox mereka dan kami akan memufliskan mereka,” kata Dershowitz dalam temu bual dengan Newsmax.

Demonstrasi pelajar bermula pada 17 April di Universiti Columbia bagi membantah serangan Israel di Gaza, di mana lebih 34,600 rakyat Palestin terbunuh dan 77,700 cedera sejak serangan 7 Oktober lalu.

Protes itu kini menjadi titik permulaan bagi gerakan yang lebih luas untuk menentang perang genosid Israel ke atas Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *