Connect with us

Terkini

Dikritik kerjasama jenama pro-Israel, Zus Coffee nyatakan sokongan buat Palestin

Selepas berdepan kritikan dan risiko diboikot kerana didakwa berkolaborasi dengan jenama sukan pro-Israel, Zus Coffee hari ini menyatakan sokongan mereka ke atas perjuangan pembebasan Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Selepas berdepan kritikan dan risiko diboikot kerana didakwa berkolaborasi dengan jenama sukan pro-Israel, Zus Coffee hari ini menyatakan sokongan mereka ke atas perjuangan pembebasan Palestin.
  • Jenama kopi tempatan itu mengakui penjelasan mereka sebelum ini berhubung dakwaan tersebut tidak memadai dalam menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan genosid di Palestin.
  • “ZUS Coffee berdiri teguh menentang genosid, menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin. 
  • “Selaras dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kami menegaskan kembali komitmen kami terhadap prinsip-prinsip ini.
  • “Kami berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan, memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai-nilai kami sebagai jenama tempatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Instagram di sini hari ini.
  • Zus Coffee semalam dilaporkan menafikan dakwaan adanya kerjasama atau kolaborasi di antara pihaknya dengan salah satu jenama sukan popular yang terkait pengeluar Israel selepas dikritik ketika memuat naik hantaran video bersama jenama itu.
  • Penjelasan dikeluarkan itu ternyata tidak meredakan kritikan netizen yang tetap memenuhi ruangan komen media sosial Zus Coffee dengan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai memperlihatkan jenama tempatan berkenaan ‘neutral’ dalam isu genosid di Palestin.

KUALA LUMPUR — Selepas berdepan kritikan dan risiko diboikot kerana didakwa berkolaborasi dengan jenama sukan pro-Israel, Zus Coffee hari ini menyatakan sokongan mereka ke atas perjuangan pembebasan Palestin.

Jenama kopi tempatan itu mengakui penjelasan mereka sebelum ini berhubung dakwaan tersebut tidak memadai dalam menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan genosid di Palestin.

“ZUS Coffee berdiri teguh menentang genosid, menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin. 

“Selaras dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kami menegaskan kembali komitmen kami terhadap prinsip-prinsip ini.

“Kami berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan, memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai-nilai kami sebagai jenama tempatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Instagram di sini hari ini.

Zus Coffee semalam dilaporkan menafikan dakwaan adanya kerjasama atau kolaborasi di antara pihaknya dengan salah satu jenama sukan popular yang terkait pengeluar Israel selepas dikritik ketika memuat naik hantaran video bersama jenama itu.

Syarikat itu turut memohon maaf di atas perkara berkenaan dan memaklumkan penglibatan mereka dalam video tersebut hanya bertujuan menjual kopi untuk keseronokan rakyat Malaysia.

“Sebagai jenama tempatan Malaysia, kami berpegang teguh kepada integriti. Zus Coffee tidak akan dengan sengaja mengaitkan diri kami dengan peperangan dan secara tegas menolak sebarang tindakan kekerasan terhadap kemanusiaan.

“Kami akan lebih berhati-hati dengan tingkah laku kami dalam aktiviti yang kami jalankan termasuk jenama yang kami berkolaborasi pada masa akan datang,” katanya. 

Penjelasan dikeluarkan itu ternyata tidak meredakan kritikan netizen yang tetap memenuhi ruangan komen media sosial Zus Coffee dengan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai memperlihatkan jenama tempatan berkenaan ‘neutral’ dalam isu genosid di Palestin.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Instagram @zus.coffee

Malah ada yang menegaskan situasi melibatkan Palestin-Israel adalah perbuatan genosid atau pembunuhan beramai-ramai rejim penjajah itu ke atas penduduk Gaza, bukan satu peperangan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *