Connect with us

Terkini

SKMM dijadikan senjata, Tindakan Fahmi ibarat “pemerintahan komunis” – Zuraida

Tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap seorang pengguna TikTok disifatkan seperti “pemerintahan negara komunis”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (kiri) & Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Datuk Zuraida Kamaruddin (kanan).
  • Tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap seorang pengguna TikTok disifatkan seperti “pemerintahan negara komunis”.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Datuk Zuraida Kamaruddin merujuk kepada pemilik akaun TikTok @janggut_putih yang didakwa memuat naik kandungan berunsur fitnah di platform itu.
  • “Dia bertindak melangkaui tugasnya sebagai menteri dengan terus mengarahkan tindakan diambil sebelum sebarang siasatan dan proses undang-undang dilaksanakan mengikut prosedur yang betul.
  • “Masalah ini dilihat semakin lama semakin membarah kerana kerajaan Madani pada ketika ini dilihat terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri dan sering memberi tekanan tidak berasas kepada pengamal media, pempengaruh media sosial dan juga netizen,” katanya dipetik Malaysiakini pada Rabu.
  • Zuraida juga mengkritik tindakan SKMM terhadap pengendali akaun media sosial MyNewsHub, selain memanggil Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard, Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan.
  • Zuraida berkata tindakan itu menunjukkan SKMM dijadikan senjata oleh kerajaan.

KUALA LUMPUR — Tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap seorang pengguna TikTok disifatkan seperti “pemerintahan negara komunis”.

Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Datuk Zuraida Kamaruddin merujuk kepada pemilik akaun TikTok @janggut_putih yang didakwa memuat naik kandungan berunsur fitnah di platform itu.

Zuraida membandingkan tindakan itu dengan pemerintahan komunis, yang menurutnya hanya mahu cerita baik kerajaan disebarkan dan menutup kritikan berasas dan soal kesusahan rakyat.

“Dia bertindak melangkaui tugasnya sebagai menteri dengan terus mengarahkan tindakan diambil sebelum sebarang siasatan dan proses undang-undang dilaksanakan mengikut prosedur yang betul.

“Masalah ini dilihat semakin lama semakin membarah kerana kerajaan Madani pada ketika ini dilihat terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri dan sering memberi tekanan tidak berasas kepada pengamal media, pempengaruh media sosial dan juga netizen,” katanya dipetik Malaysiakini pada Rabu.

Fahmi sebelum ini dilaporkan mengarahkan SKMM mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun TikTok @janggut_putih yang didakwanya sengaja memuat naik semula video lama pada 2019, untuk menimbulkan kemarahan.

Video berdurasi 1.49 minit itu memaparkan seorang individu yang mendakwa Kementerian Pendidikan di bawah kerajaan Pakatan Harapan ketika itu memaksa ibu bapa dan pelajar untuk mendaftar kad debit daripada sebuah bank antarabangsa, selain menghamburkan kata-kata kesat. 

Zuraida juga mengkritik tindakan SKMM terhadap pengendali akaun media sosial MyNewsHub, selain memanggil Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard, Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan.

Chegubard, Salim dan Papagomo dipanggil selepas terdapat aduan berkenaan kandungan dimuat naik menerusi laman sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Sementara, kad sim dan seunit telefon pengendali akaun media sosial MyNewsHub dirampas selepas ia menyiarkan semula klip video lama berkenaan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan berdepan situasi serangan provokatif, yang turut melibatkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Zuraida yang juga bekas Naib Presiden PKR berkata tindakan itu menunjukkan SKMM dijadikan senjata oleh kerajaan.

Beliau turut mendakwa Fahmi lebih cenderung untuk bertindak selaku ketua penerangan PKR menerusi kuasa yang dipegangnya selaku Menteri Komunikasi.

“Sesiapa sahaja yang mengeluarkan kenyataan atau membuat isi kandungan yang tidak menepati selera kerajaan Madani akan terus disenyapkan tanpa mengambil kira bahawa hak untuk menegur pemerintah sewajarnya dipelihara sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. 

“Jika ada pertelingkahan politik, memadai jawapan dan penerangan diberikan oleh jentera parti dan bukannya menyalahgunakan kuasa agensi kerajaan untuk menutup mulut para pengkritik,” kata Zuraida. — The Merdeka Times

Author