Connect with us

Terkini

Isu sekolah Cina: Teresa Kok kena ‘lawan’ Kok Seong dengan fakta bukan ugutan — Timbalan Presiden PAS

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok diingatkan supaya ‘melawan’ kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang mengatakan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) antara punca perpecahan kaum di negara menggunakan hujah dan fakta.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Isu sekolah Cina: Teresa Kok kena ‘lawan’ Kok Seong dengan fakta bukan ugutan
Foto: Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok (kiri) & Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan).
  • Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok diingatkan supaya ‘melawan’ kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang mengatakan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) antara punca perpecahan kaum di negara menggunakan hujah dan fakta, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
  • “Saya bersetuju dengan Prof Teo Kok Seong dalam hal ini. Beliau tidak bercakap kosong tetapi mengemukakan hujah berdasarkan fakta dan kajian beliau dilapangan masyarakat. 
  • “Saya berharap lebih ramai orang seperti Prof yang bercakap berdasarkan fakta. Buat Teresa Kok, lawan dengan hujah dan fakta, bukan dengan ugutan seperti ini,” kata Tuan Ibrahim menerusi hantaran di Instagram hari ini.
  • Difahamkan, Tuan Ibrahim berkata demikian ketika merujuk kepada artikel sebuah portal berita bertajuk “Felo MPN Pertahan Dakwaan Sekolah Cina Semai Benih Perkauman’ yang turut dimuat naik tangkap layar artikel itu di hantaran Instagram beliau.
  • Antara kandungan artikel itu menyatakan Kok Seong mempertahankan dakwaan beliau bahawa SJKC menjadi punca perpecahan kaum di negara ini yang mengundang desakan Teresa Kok supaya polis menyiasat Felo Kanan Majlis Professor Negara itu.
  • Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh pada 4 Mac lalu dilaporkan melabel Kok Seong sebagai rasis kerana membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina selain meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak.
  • Ini susulan Kok Seong baru-baru ini dalam satu klip video di TikTok @themerdekatimes mengatakan orang Cina tidak memandang tinggi kepada bangsa Melayu, sebaliknya mereka memandang hina, melihat bangsa Melayu sebagai tidak berkebolehan, tidak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya hingga menyebabkan mereka enggan berintegrasi dan mempelajari bahasa Melayu.
  • Kok Seong berkata demikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.

KUALA LUMPUR — Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok diingatkan supaya ‘melawan’ kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang mengatakan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) antara punca perpecahan kaum di negara menggunakan hujah dan fakta.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tidak sepatutnya Teresa Kok melawan kenyataan itu menggunakan ugutan kerana apa dikatakan Kok Seong berdasarkan fakta.

“Saya bersetuju dengan Prof Teo Kok Seong dalam hal ini. Beliau tidak bercakap kosong tetapi mengemukakan hujah berdasarkan fakta dan kajian beliau dilapangan masyarakat. 

“Saya berharap lebih ramai orang seperti Prof yang bercakap berdasarkan fakta. Buat Teresa Kok, lawan dengan hujah dan fakta, bukan dengan ugutan seperti ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

Difahamkan, Tuan Ibrahim berkata demikian ketika merujuk kepada artikel sebuah portal berita bertajuk “Felo MPN Pertahan Dakwaan Sekolah Cina Semai Benih Perkauman’ yang turut dimuat naik tangkap layar artikel itu di hantaran Instagram beliau.

Antara kandungan artikel itu menyatakan Kok Seong mempertahankan dakwaan beliau bahawa SJKC menjadi punca perpecahan kaum di negara ini yang mengundang desakan Teresa Kok supaya polis menyiasat Felo Kanan Majlis Professor Negara itu.

Beliau mendakwa Teresa berada dalam “penafian” akan realiti sebenar komuniti Cina di Malaysia.

“Bagi saya apa yang saya katakan itu semuanya betul, ia realiti dalam perbualan sesama orang Cina,” kata Kok Seong dipetik Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata apabila menyentuh berkenaan isu perkauman sering kali masyarakat Melayu dipersalahkan, walaupun bangsa itu sudah berusaha mewujudkan keharmonian tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama. 

Kita tidak bercakap kosong, negeri yang diperintah PAS adalah contoh bagaimana keharmonian hidup dijaga. 

“Kehidupan masyarakat Madinah ketika zaman Rasulullah SAW adalah precedential case bagi kehidupan masyarakat majmuk dibawah pemerintahan Islam,” katanya.

Teresa Kok yang juga merupakan Ahli Parlimen Seputeh pada 4 Mac lalu dilaporkan melabel Kok Seong sebagai rasis kerana membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.

Ini susulan Kok Seong baru-baru ini dalam satu klip video di TikTok @themerdekatimes mengatakan orang Cina tidak memandang tinggi kepada bangsa Melayu, sebaliknya mereka memandang hina, melihat bangsa Melayu sebagai tidak berkebolehan, tidak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya hingga menyebabkan mereka enggan berintegrasi dan mempelajari bahasa Melayu.

Kok Seong berkata demikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.

Beliau tidak menafikan sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum.

Menafikan kenyataan Kok Seong itu, Teresa Kok menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap Kok Seong yang disifatkannya sebagai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Kok Seong bagaimanapun mempertahankan kenyataan beliau dengan mengatakan isu berkenaan bangsa Cina adalah hakikat sebenar yang seharusnya masyarakat tahu supaya masalah yang timbul hari ini dapat difahami dan diselesaikan.

Beliau turut mengakui beliau mempunyai segala bukti seperti apa dinyatakan berhubung isu tersebut.

Malah laporan polis dibuat pada tahun lalu mengenai satu kumpulan sembang atau group WhatsApp masyarakat Cina yang didakwa menghina bangsa Melayu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *