Terkini
Kerajaan lihat keperluan wujudkan sistem aduan ‘cedok content’ pemilik berita – Fahmi
Kementerian Komunikasi akan melihat keperluan mewujudkan satu sistem asas iaitu pemilik berita boleh membuat aduan sekiranya ‘content’ atau kandungan mereka diambil tanpa kebenaran.
- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata lambakan isu bahan berita ‘dicedok’ lalu dimuat naik tanpa kebenaran di laman web lain boleh mengakibatkan implikasi maklumat dan fakta disalah tafsir.
- “Kita lihat isu content, bahan berita yang dicopy paste, diambil, dicedok dan dimuat naik di laman web lain, saya tidak pasti ada kebenaran ataupun tidak daripada pemilik.
- “(Dalam isu ini) saya melihat kita perlu ada satu sistem asas, yang mana pemilik asal kepada berita itu boleh buat aduan kepada pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) contohnya untuk diambil tindakan,” katanya dipetik Astro Awani ketika menghadiri program MAXIS 5G-Advance Trial Showcase di Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR — Kementerian Komunikasi akan melihat keperluan mewujudkan satu sistem asas iaitu pemilik berita boleh membuat aduan sekiranya ‘content‘ atau kandungan mereka diambil tanpa kebenaran.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata lambakan isu bahan berita ‘dicedok’ lalu dimuat naik tanpa kebenaran di laman web lain boleh mengakibatkan implikasi maklumat dan fakta disalah tafsir.
“Kita lihat isu content, bahan berita yang dicopy paste, diambil, dicedok dan dimuat naik di laman web lain, saya tidak pasti ada kebenaran ataupun tidak daripada pemilik.
“(Dalam isu ini) saya melihat kita perlu ada satu sistem asas, yang mana pemilik asal kepada berita itu boleh buat aduan kepada pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) contohnya untuk diambil tindakan,” katanya dipetik Astro Awani ketika menghadiri program MAXIS 5G-Advance Trial Showcase di Kuala Lumpur, hari ini.
Fahmi berkata isu berkenaan bukan sahaja menyalahi etika pelaporan berita, malah menimbulkan isu lain, terutama kesalahan menafsir maklumat oleh pembaca dan rakyat.
“Saya lihat isu hak cipta bukan hanya terkesan kepada e-dagang, tetapi banyak berita ini telah diambil tanpa kebenaran oleh pihak asal.
“Inilah antara lain mengakibatkan maklumat disalah tafsir, ataupun diubahsuai, seolah-olah itu yang dilaporkan oleh media asal,” katanya. — The Merdeka Times