Antarabangsa
30,000 tentera Israel dapatkan rawatan kesihatan mental sejak Taufan Al-Aqsa
Kira-kira 30,000 tentera Israel menghubungi talian kesihatan mental sejak tercetusnya peperangan di wilayah Gaza 7 Oktober lalu.
- Kira-kira 30,000 tentera Israel menghubungi talian kesihatan mental sejak tercetusnya peperangan di wilayah Gaza 7 Oktober lalu, menurut sumber tentera, lapor agensi berita Anadolu.
- “Sekitar 200 askar dihentikan daripada perkhidmatan ketenteraan disebabkan masalah psikologi dialami” hasil daripada peperangan, tambah kenyataan itu.
Kira-kira 30,000 tentera Israel menghubungi talian kesihatan mental sejak tercetusnya peperangan di wilayah Gaza 7 Oktober lalu.
Menurut agensi berita Anadolu, satu kenyataan dikeluarkan pihak tentera penjajah yang memaklumkan kira-kira 200 askar ditamatkan perkhidmatan ketenteraannya disebabkan masalah psikologi yang dialaminya akibat peperangan.
85 peratus anggota tentera zionis bagaimanapun dilapor telah kembali berkhidmat.
Kor Perubatan tentera Israel merancang untuk merasmikan pusat kesihatan mental baharu bagi askar-askarnya pada hari Khamis, di tengah-tengah kebimbangan tenteranya mengalami kecelaruan stres pasca trauma (PTSD) disebabkan peperangan di Gaza.
Pusat kesihatan mental baharu itu merangkumi klinik untuk merawat PTSD.
Ketua Jabatan Klinikal Tentera bagi Penyakit Mental, Yekhiel Levechitz pada 2 Februari lalu berkata kira-kira 3,000 tentera telah diperiksa pakar kesihatan mental sejak 7 Oktober tahun lalu.
Israel melancarkan serangan maut ke atas wilayah Gaza berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, yang menurut Tel Aviv membunuh hampir 1,200 orang penduduk tanah jajahan haram tersebut.– The Merdeka Times