Connect with us

Terkini

Isu poster kaligrafi Cina: MPT bebal, BM bukan sekadar bahasa terjemahan – Kok Seong

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) diingatkan bahawa kedudukan bahasa Cina tidak boleh mengatasi kedudukan Bahasa Melayu (BM) selaku bahasa kebangsaan mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. 

Avatar

Published

on

Isu poster kaligrafi Cina: MPT bebal, BM bukan sekadar bahasa terjemahan – Kok Seong
Foto: Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.
  • Majlis Perbandaran Taiping (MPT) diingatkan bahawa kedudukan bahasa Cina tidak boleh mengatasi kedudukan Bahasa Melayu (BM) selaku bahasa kebangsaan mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. 
  • Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Bahasa Melayu adalah bahasa utama dan tidak boleh dijadikan sebagai bahasa terjemahan kepada bahasa lain. 
  • “Yang pentingnya mengikut Undang-Undang Kecil Iklan itu, Bahasa Melayu adalah bahasa utama, kemudian bahasa Cina itu adalah boleh. Bahasa Cina adalah terjemahan kepada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu tak boleh jadi terjemahan kepada bahasa Cina. Tak boleh. 
  • “Beliau (Ketua Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan MPT, Muhamad Hafizzuddin Azhar) begitu tak bertanggungjawab. Begitu bebal bagi saya sehingga beliau tidak tahu. Kan Bahasa Melayu adalah bahasa negara. Keutamaannya haruslah pada bahasa negara. Jadi ditulis dalam Bahasa Melayu, kemudian diterjemahkan dalam bahasa Cina,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.
  • Beliau mengulas kenyataan Ketua Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan MPT, Muhamad Hafizzuddin Azhar yang mengatakan hebahan poster dibuat menerusi laman Facebook Majlis Perbandaran Taiping perlu ditulis dalam Bahasa Melayu dan Mandarin kerana ia berkenaan pertandingan kaligrafi Cina yang menyasarkan penyertaan komuniti itu. 

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) diingatkan bahawa kedudukan bahasa Cina tidak boleh mengatasi kedudukan Bahasa Melayu (BM) selaku bahasa kebangsaan mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. 

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Bahasa Melayu adalah bahasa utama dan tidak boleh dijadikan sebagai bahasa terjemahan kepada bahasa lain. 

“Yang pentingnya mengikut Undang-Undang Kecil Iklan itu, Bahasa Melayu adalah bahasa utama, kemudian bahasa Cina itu adalah boleh. Bahasa Cina adalah terjemahan kepada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu tak boleh jadi terjemahan kepada bahasa Cina. Tak boleh. 

“Beliau (Ketua Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan MPT, Muhamad Hafizzuddin Azhar) begitu tak bertanggungjawab. Begitu bebal bagi saya sehingga beliau tidak tahu. Kan Bahasa Melayu adalah bahasa negara. Keutamaannya haruslah pada bahasa negara. Jadi ditulis dalam Bahasa Melayu, kemudian diterjemahkan dalam bahasa Cina,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan MPT, Muhamad Hafizzuddin Azhar yang mengatakan hebahan poster dibuat menerusi laman Facebook MPT itu perlu ditulis dalam Bahasa Melayu dan Mandarin kerana ia berkenaan pertandingan kaligrafi Cina yang menyasarkan penyertaan komuniti itu. 

Kok Seong berkata tindakan MPT membuat hebahan poster dengan meletakkan bahasa Cina di atas Bahasa Melayu patut dipersalahkan kerana tidak merujuk kepada Akta Kerajaan Tempatan itu. 

Katanya, semua majlis perbandaran beroperasi di bawah Akta Kerajaan Tempatan yang mengandungi Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982. 

Jadi, poster itu adalah dianggap sebagai iklan sebab poster adalah pemberitahuan sesuatu yang diletak di tempat awam.

“Tak boleh tak boleh (utamakan bahasa Cina), langsung salah sebab di dalam Undang-Undang Kecil Iklan itu disebut, Bahasa Melayu itu saiznya harus lebih besar daripada bahasa-bahasa lain yang digunakan,” katanya. 

Kok Seong berkata MPT sebagai agensi kerajaan gagal kerana mereka sepatutnya lebih peka akan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara dan tindakan perlu diambil terhadap mereka. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending