Connect with us

Antarabangsa

Haramkan penggunaan emoji LGBTQ – Ahli Parlimen Russia

Seorang Ahli Parlimen Russia menggesa kerajaannya mengharamkan penggunaan sebarang emoji dalam telefon pintar yang mempunyai unsur songsang LGBTQ di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Haramkan pengunaan emoji LGBTQ – Ahli Parlimen Russia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang Ahli Parlimen Russia menggesa kerajaannya mengharamkan penggunaan sebarang emoji dalam telefon pintar yang mempunyai unsur songsang LGBTQ di negara itu.
  • Aleksey Zhuravlev berkata sekurang-kurangnya terdapat dua dozen emoji yang mempromosikan hubungan seksual tidak tradisional ditemui dalam telefon pintar.
  • Emoji itu antara lain menggambarkan pasangan sejenis dengan kanak-kanak, lelaki berciuman, wanita berciuman, lelaki mengandung dan ‘wanita’ berjanggut.
  • “Tindakan mesti diambil untuk membuang emoji ini dan menyekat penggunaannya di Russia,” kata Zhuravlev.
  • Larangan menyebarkan bahan berunsurkan LGBTQ dalam kalangan individu di bawah 18 tahun diperkenalkan di Russia pada 2013.
  • Undang-undang itu kemudiannya diperluaskan merangkumi golongan bawah umur dan dewasa pada 2022.

Seorang Ahli Parlimen Russia menggesa kerajaannya mengharamkan penggunaan sebarang emoji dalam telefon pintar yang mempunyai unsur songsang LGBTQ di negara itu.

Aleksey Zhuravlev berkata sekurang-kurangnya terdapat dua dozen emoji yang mempromosikan hubungan seksual tidak tradisional ditemui dalam telefon pintar.

Emoji itu antara lain menggambarkan pasangan sejenis dengan kanak-kanak, lelaki berciuman, wanita berciuman, lelaki mengandung dan ‘wanita’ berjanggut.

“Semua ini dilihat kanak-kanak, menghantar emoji sesama sendiri secara konsisten,” kata Zhuralev dipetik RT pada Isnin.

Zhuravlev yang juga Ketua Parti Rodina (Tanah Air) dan ahli Parti Demokratik Liberal Russia (LDPR) di Duma Negeri berkata, undang-undang mengharamkan propaganda LGBTQ telah dikuatkuasakan di Russia.

Justeru, beliau menegaskan piktogram (emoji) berunsur seks sejenis itu merupakan jenis propaganda songsang yang sepatutnya ditangani undang-undang itu.

“Tindakan mesti diambil untuk membuang emoji ini dan menyekat penggunaannya di Russia,” kata Zhuravlev.

Larangan menyebarkan bahan berunsurkan LGBTQ dalam kalangan individu di bawah 18 tahun diperkenalkan di Russia pada 2013.

Undang-undang itu kemudiannya diperluaskan merangkumi golongan bawah umur dan dewasa pada 2022. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *