Connect with us

Terkini

Faktor genetik antara punca terjadinya hubungan sejenis – Pakar Psikiatri

Faktor genetik kelompok yang digelar sebagai transgender atau transeksual yang merasakan diri mereka terperangkap dalam jantina berbeza menjadi antara punca hubungan sejenis berlaku selain disebabkan pengaruh kawan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Faktor genetik antara punca terjadinya hubungan sejenis - Pakar Psikiatri
Foto: Pakar Psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Ramli Musa.
  • Faktor genetik kelompok yang digelar sebagai transgender atau transeksual yang merasakan diri mereka terperangkap dalam jantina berbeza menjadi antara punca hubungan sejenis berlaku selain disebabkan pengaruh kawan. 
  • Pakar Psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Ramli Musa berkata contoh situasi itu adalah apabila ada individu dilahirkan sebagai lelaki, tetapi merasakan dirinya sebagai wanita dan nalurinya juga cenderung ke arah wanita. 
  • “Bila mereka dah ada insiden (diliwat) yang orang kata pendedahan awal ni, mereka ni trauma, kadang-kadang dia akan jadi ketagih pula benda ni,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, semalam. 
  • Beliau mengulas kebimbangan seorang guru dikenali sebagai Cikgu KA tentang trend pelajar sekolah yang mulai berjinak-jinak menjalinkan hubungan sejenis sesama lelaki, malah ada di antara mereka mencari ‘sugar daddy’ untuk melakukan hubungan songsang itu menerusi group Telegram bernama “Budak Muda Bujang”.

KUALA LUMPUR — Faktor genetik kelompok yang digelar sebagai transgender atau transeksual yang merasakan diri mereka terperangkap dalam jantina berbeza menjadi antara punca hubungan sejenis berlaku selain disebabkan pengaruh kawan. 

Pakar Psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Ramli Musa berkata contoh situasi itu adalah apabila ada individu dilahirkan sebagai lelaki, tetapi merasakan dirinya sebagai wanita dan nalurinya juga cenderung ke arah wanita. 

“Mereka yang contohnya tidak bernasib baik kadangnya diliwat ataupun ada isu kena rogol menjadi mangsa pun mereka ni terdedah juga (kepada hubungan sejenis). 

“Contohnya kadang yang banyak kita dengar ni dari segi aspek seksual dalam keluarga ni macam pakcik (meliwat). Mereka (mangsa) ni akan jadi trauma dan dia cenderung ke arah aspek seksual yang songsang ni. 

“Bila mereka dah ada insiden yang orang kata pendedahan awal ni, mereka ni trauma, kadang-kadang dia akan jadi ketagih pula benda ni,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, semalam. 

Beliau mengulas kebimbangan seorang guru dikenali sebagai Cikgu KA tentang trend pelajar sekolah yang mulai berjinak-jinak menjalinkan hubungan sejenis sesama lelaki, malah ada di antara mereka mencari ‘sugar daddy’ untuk melakukan hubungan songsang itu menerusi group Telegram bernama “Budak Muda Bujang”.

Dr Ramli Musa berkata, dalam usaha menangani isu tersebut ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dan tidak boleh terlalu bergantung kepada guru kerana mereka mempunyai bilangan pelajar lebih ramai untuk diuruskan.

Beliau berkata, ibu bapa perlu mengukuhkan institusi kekeluargaan dari segi keharmonian, kasih sayang, perhatian dan tanggungjawab bagi mengelakkan anak-anak terjebak aktiviti songsang itu kerana merasai kehadiran ibu bapa yang mengambil berat terhadap mereka.

“Sebab kebanyakan pelajar ni, anak-anak ni hanyut sebab dia tak dapat perhatian, panduan maksud saya supervision lah daripada ibu bapa ni kadang-kadang. 

“Peranan guru mengingatkan lah. Keep on reminding pelajar-pelajar terutamanya pelajar asrama sebab bila belajar asrama ni macam-macam berlaku. 

“Diaorang ni most of hours bersama kawan-kawan. Ada yang kawan-kawan ke arah sana (hubungan sejenis), jadi kena ingatkan untuk mereka,” katanya.

Dr Ramli Musa berkata pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan menerusi aspek undang-undang dan bersikap tegas kepada kelompok songsang itu dengan menyekat sebarang usaha memperluaskan pengamalannya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *