Connect with us

Antarabangsa

12,500 tentera Israel cacat akibat perang Gaza

Sekurang-kurangnya 12,500 tentera penjajah zionis Israel dikenal pasti sebagai “kurang upaya” akibat pertempuran di Gaza, lapor media Israel Yediot Ahronoth Jumaat lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

12,500 tentera Israel cacat akibat perang Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 12,500 tentera penjajah zionis Israel dikenal pasti sebagai “kurang upaya” akibat pertempuran di Gaza, lapor media Israel Yediot Ahronoth Jumaat lalu.
  • Angka itu dibentangkan syarikat diupah Kementerian Pertahanan Israel untuk menjalankan penilaian kecederaan dalam kalangan tentera zionis.
  • Angka 12,500 adalah anggaran konservatif dengan permintaan pengiktirafan hilang upaya dikatakan berpotensi mencecah 20,000 kes, kata laporan itu.
  • Jabatan Pemulihan Kementerian Pertahanan Israel kini merawat 60,000 askar kurang upaya.
  • Sekurang-kurangnya 5,000 kes dirujuk ke jabatan pemulihan itu pada 2023, termasuk 3,400 dimasukkan sejak 7 Oktober lalu. Angka-angka ini hanya melibatkan tentera dan bukan orang awam.

Sekurang-kurangnya 12,500 tentera penjajah zionis Israel dikenal pasti sebagai “kurang upaya” akibat pertempuran di Gaza, lapor media Israel Yediot Ahronoth Jumaat lalu.

Angka itu dibentangkan syarikat diupah Kementerian Pertahanan Israel untuk menjalankan penilaian kecederaan dalam kalangan tentera zionis

Angka 12,500 adalah anggaran konservatif dengan permintaan pengiktirafan hilang upaya dikatakan berpotensi mencecah 20,000 kes, kata laporan itu.

Jabatan Pemulihan Kementerian Pertahanan Israel kini merawat 60,000 askar kurang upaya.

Sekurang-kurangnya 5,000 kes dimasukkan ke jabatan pemulihan itu pada 2023, termasuk 3,400 dimasukkan sejak 7 Oktober lalu. Angka-angka ini hanya melibatkan tentera dan bukan orang awam. 

Yediot Ahronoth berkata angka-angka itu, termasuk data rasmi lain, menunjukkan percanggahan dengan jumlah kecederaan dilaporkan tentera semasa peperangan.

Pada akhir Disember lalu, Kementerian Pertahanan berkata bilangan  askar  cedera sejak 7 Oktober lalu mencecah 3,000 kes, manakala tentera Israel pula mengatakan lebih 2,300 kes.

Jumlah kecederaan yang dilaporkan tentera Israel sebelum ini dipersoalkan kerana bilangan yang memasuki hospital melebihi jumlah dilaporkan tentera rejim itu.

Penambahan ribuan askar dalam perkhidmatan pemulihan boleh memberikan cabaran kewangan dan logistik kepada program askar kurang upaya yang kini sudah pun dalam kritikan,  kata Yediot Ahronoth.

Laporan itu memberi amaran kepada Israel yang mungkin berdepan kes menyerupai kes Itzik Saidian, seorang askar Israel dalam perang Gaza 2014, yang membakar dirinya pada 2021 di luar Pejabat Pemulihan Kementerian Pertahanan selepas merasa “dihina dalam setiap perhubungan” dengan kementerian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *