Connect with us

Antarabangsa

Taliban benarkan pelajar perempuan Afghanistan semua peringkat umur ke sekolah agama

Pelajar perempuan Afghanistan di semua peringkat umur kini dibenarkan belajar di sekolah agama atau madrasah yang pada asalnya hanya membenarkan kemasukan pelajar lelaki, kata pegawai Taliban.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pelajar perempuan Afghanistan di semua peringkat umur kini dibenarkan belajar di sekolah agama atau madrasah yang pada asalnya hanya membenarkan kemasukan pelajar lelaki, kata pegawai Taliban.
  • Jurucakap Kementerian Pendidikan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA), Mansor Ahmad berkata tiada had umur dikenakan di madrasah yang dikelolakan kerajaan.
  • Katanya, satu-satunya syarat dikenakan adalah pelajar perempuan itu berada di kelas madrasah yang bersesuaian dengan umur mereka.
  • “Madrasah mempunyai prinsip yang sama seperti sekolah, maka wanita yang lebih berumur tidak dibenarkan ikut serta kelas (peringkat) bawah,” kata Ahmad kepada AP, semalam.
  • Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Roza Otunbayeva pada Rabu memberitahu Majlis Keselamatan PBB dan wartawan bahawa pihaknya menerima “semakin banyak bukti-bukti ringkas” mengatakan pelajar perempuan Afghanistan dibenarkan belajar di sekolah Islam yang juga dikenali sebagai madrasah.

Pelajar perempuan Afghanistan di semua peringkat umur kini dibenarkan belajar di sekolah agama atau madrasah yang pada asalnya hanya membenarkan kemasukan pelajar lelaki, kata pegawai Taliban.

Jurucakap Kementerian Pendidikan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA), Mansor Ahmad berkata tiada had umur dikenakan di madrasah yang dikelolakan kerajaan.

Katanya, satu-satunya syarat dikenakan adalah pelajar perempuan itu berada di kelas madrasah yang bersesuaian dengan umur mereka.

“Jika umurnya tidak sesuai dengan kelas dan (umurnya) terlalu tinggi, maka dia tidak dibenarkan.

“Madrasah mempunyai prinsip yang sama seperti sekolah, maka wanita yang lebih berumur tidak dibenarkan ikut serta kelas (peringkat) bawah,” kata Ahmad kepada AP pada Khamis.

Menurut Ahmad, madrasah persendirian tidak mempunyai sekatan umur dan wanita dari semua peringkat umur, termasuk wanita dewasa, boleh memasuki sekolah itu.

Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Roza Otunbayeva pada Rabu memberitahu Majlis Keselamatan PBB dan wartawan bahawa pihaknya menerima “semakin banyak bukti-bukti ringkas” mengatakan pelajar perempuan Afghanistan dibenarkan belajar di sekolah Islam yang juga dikenali sebagai madrasah.

Otunbayeva bagaimanapun belum jelas dengan apa didefinisikan sebagai madrasah, sama ada terdapat kurikulum mata pelajaran pendidikan moden dan berapa ramai dibenarkan bersekolah di sekolah tersebut.

Terdapat kira-kira 20,000 madrasah di Afghanistan dengan 13,500 darinya dikawal pihak kerajaan. 

Afghanistan sebelum ini dikritik masyarakat antarabangsa kerana mengehadkan akses pendidikan wanita, termasuk larangan ke universiti. – Agensi

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *