Connect with us

Terkini

Perkara 34(3) Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri perlu diseragamkan dulu, elak konflik kepentingan

Terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu diseragamkan dengan Undang-undang Tubuh Negeri bagi mengelakkan konflik kepentingan sebelum cadangan seperti pelantikan kehakiman diletakkan di bawah seliaan Majlis Raja-Raja, dilaksanakan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Perkara 34(3) Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri perlu diseragamkan dulu, elak konflik kepentingan
Foto: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (kiri) & Peguam Kanan, Haniff Khatri Abdulla (kanan).
  • Terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu diseragamkan dengan Undang-undang Tubuh Negeri bagi mengelakkan konflik kepentingan sebelum cadangan seperti pelantikan kehakiman diletakkan di bawah seliaan Majlis Raja-Raja, dilaksanakan.
  • Peguam Kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata peruntukan itu melibatkan Perkara 34(3) iaitu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial. 
  • Katanya, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan itu tidak terdapat dalam Undang-undang Tubuh Negeri, maka ia perlu diseragamkan supaya halangan yang dikenakan ke atas YDPA turut melibatkan sultan dan raja di setiap negeri di Malaysia. 
  • “Atas dasar itu, sekiranyalah langkah pertama untuk merealisasikan cadangan Kebawah Duli Sultan Johor sekiranyalah perkara ini dapat diseragamkan iaitu melalui Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri kesemua, yakni Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong, sultan-sultan dan raja-raja tidak boleh melibatkan diri di dalam urusan perniagaan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
  • “Maka, tidak ada kekhuatiran konflik kepentingan, tidak ada kedudukan di mana syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan baginda tuanku disaman di mahkamah ataupun disiasat oleh pihak-pihak pelaksana yang mana mungkin ada pendedahan untuk dicampuri dengan salah,” katanya menerusi hantaran di Youtube InspirasiChannelz pada Selasa.
  • Haniff Khatri mengulas berhubung cadangan dan gesaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar supaya meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PETRONAS di bawah kelolaan YDPA serta pelantikan kehakiman dibuat dengan lebih bebas dan tidak melibatkan pihak eksekutif dalam proses tersebut. 

KUALA LUMPUR – Terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu diseragamkan dengan Undang-undang Tubuh Negeri bagi mengelakkan konflik kepentingan sebelum cadangan seperti pelantikan kehakiman diletakkan di bawah seliaan Majlis Raja-Raja, dilaksanakan.

Peguam Kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata peruntukan itu melibatkan Perkara 34(3) iaitu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial. 

Katanya, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan itu tidak terdapat dalam Undang-undang Tubuh Negeri, maka ia perlu diseragamkan supaya halangan yang dikenakan ke atas YDPA turut melibatkan sultan dan raja di setiap negeri di Malaysia. 

“Atas dasar itu, sekiranyalah langkah pertama untuk merealisasikan cadangan Kebawah Duli Sultan Johor sekiranyalah perkara ini dapat diseragamkan iaitu melalui Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri kesemua, yakni Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong, sultan-sultan dan raja-raja tidak boleh melibatkan diri di dalam urusan perniagaan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

“Maka, tidak ada kekhuatiran konflik kepentingan, tidak ada kedudukan di mana syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan baginda tuanku disaman di mahkamah ataupun disiasat oleh pihak-pihak pelaksana yang mana mungkin ada pendedahan untuk dicampuri dengan salah,” katanya menerusi hantaran di Youtube InspirasiChannelz pada Selasa. 

Beliau mengulas berhubung cadangan dan gesaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar supaya meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PETRONAS di bawah kelolaan YDPA serta pelantikan kehakiman dibuat dengan lebih bebas dan tidak melibatkan pihak eksekutif dalam proses tersebut. 

Peguam, Aidil Khalid pada Isnin lalu menyifatkan cadangan Sultan Ibrahim berhubung meletakkan SPRM dan PETRONAS di bawah YDPA bukan di bawah Parlimen sebagai berbahaya dan wajar dibantah.

Aidil Khalid berkata masalah rasuah bukan masalah orang politik sahaja, bahkan boleh melibatkan kerabat berdarah kuning juga, selain rakyat bawahan. 

Mengulas lanjut, Haniff Khatri berkata hasil pendapatan kasar negara setiap tahun boleh disalurkan lebih berbanding sebelum ini kepada YDPA, raja dan sultan bagi tujuan perbelanjaan dan pembayaran kos-kos kediaman serta segala kos lain. 

Katanya, langkah membiayai keseluruhan keperluan itu akan menghindarkan pihak diraja daripada terlibat secara terus ataupun tidak langsung dalam urusan perniagaan. 

So apabila tidak ada pendedahan kepada perniagaan, maka tidak ada kemungkinan pendedahan kepada konflik kepentingan. 

“Bila tiada pendedahan kepada konflik kepentingan, maka tidak ada kepentingan untuk campur tangan secara salah dalam urusan pelaksana undang-undang dan di situlah kekhuatiran rakyat, persepsi rakyat tentang salah campur oleh pihak eksekutif selama ini dapat kita bendung selama-lamanya,” kata peguam kanan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *